KUALA LUMPUR, 2 MAC: Polis semalam menahan seorang lelaki tempatan kerana memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook.
KUALA LUMPUR, 28 FEB: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menangguhkan prosiding saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadapnya untuk membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion sementara menunggu rayuan berhubung taksiran cukai kepada LHDN.
KUALA LUMPUR, 28 FEB: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman memohon untuk membatalkan 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah yang dihadapinya.
KUALA LUMPUR, 27 FEB: Pengarah Urusan kumpulan Putrajaya Perdana Bhd (PPB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low merujuk Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "bos".
KUALA LUMPUR, 26 FEB: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman 34 individu termasuk bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka berhubung dakwaan menerima wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BUKIT MERTAJAM, 26 FEB: Seorang lelaki ditahan selepas dikesan membuat laporan palsu kononnya beg mengandungi kad pengenalan, pasport dan wang tunai miliknya disamun tiga lelaki dalam kejadian Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan lapan lelaki termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G.
GEORGE TOWN, 25 FEB: Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dan membungkus dadah ke dalam paket serbuk minuman ‘tiga dalam satu’ berjenama selepas menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM738,400, dalam serbuan berasingan di Kedah dan Pulau Pinang pada Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 21 FEB: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan memohon untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dihadapinya.
SEPANG, 21 FEB: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi merupakan antara empat individu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini hari ini kerana menyebarkan berita palsu berkaitan penularan Covid-19 menerusi laman sosial, bulan lalu.
KUALA LUMPUR, 21 FEB: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan rakaman audio oleh agensi itu pada petang ini.
SHAH ALAM, 20 FEB: Notis merah untuk mengesan dan menahan ahli perniagaan dikehendaki Malaysia, Low Taek Jho atau dikenali Jho Low sudah dikeluarkan Interpol, kata Ketua Polis Negara.
KAJANG, 17 FEB: Dua pasangan suami isteri dan seorang pelajar universiti tempatan, antara enam yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, yang dianggarkan bernilai RM467,900.
KUALA LUMPUR, 17 FEB: Tan Sri Dr Madinah Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ada mengadu kepada beliau mengenai tekanan yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung projek solar hibrid di Sarawak.
PETALING JAYA, 17 FEB: Seorang lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan insiden anggota penguat kuasa Imigresen dihalang daripada melakukan operasi di Batu Caves dekat sini, Jumaat lepas, menjadikan jumlah tangkapan setakat ini tiga orang.
KUALA LUMPUR, 17 FEB: Agensi polis antarabangsa (Interpol) sepatutnya sudah menyenaraikan nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sebagai individu dikehendaki menerusi laman webnya, selepas menerima permohonan pihak berkuasa berkaitan.
KUALA LUMPUR, 16 FEB: Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan insiden anggota penguat kuasa Imigresen yang dihalang daripada melakukan operasi di kawasan peniaga haram di Batu Caves dekat sini.
KUALA LUMPUR, 13 FEB:Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau terkejut dan tertanya-tanya mengapa Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan minat terhadap projek solar hibrid serta kaitan dan kepentingan isteri bekas perdana menteri itu dengan projek tersebut.
REMBAU, 12 FEB: Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan kes kemalangan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar dari kenderaan dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Isnin lepas.
JOHOR BAHRU, 12 FEB: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyerang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bulan lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.