KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Sejumlah 1,721 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak direkodkan dalam tempoh Januari hingga 30 Jun tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff.
KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.
KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Polis menahan 5,590 individu dan merampas 9,817 peranti elektronik serta wang tunai yang dianggarkan bernilai RM1.04 juta berkaitan perjudian haram sejak awal Januari sehingga Julai tahun ini.
PUTRAJAYA, 13 OGOS: Seorang penolong pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Seorang lagi anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan, kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan kegiatan perniagaan tanpa lesen, di Sungai Buloh, dekat sini.
GEORGE TOWN, 11 OGOS: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas tulang pinggul yang ditemukan di sebuah kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung, di sini pada 24 Jun lepas sepadan dengan DNA Anna Jenkins, warga Australia yang dilapor hilang di negeri ini, tiga tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyiapkan siasatan, berhubung kes penggunaan Jata Negara pada pelapik kasut sebuah syarikat pengeluar kasut jenama, di sini.
JAKARTA, 1 OGOS: Penjenayah rasuah paling dikehendaki di Indonesia, Djoko Soegiarto Tjandra, yang 11 tahun melarikan diri, akhirnya ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta pada Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung video tular memaparkan insiden seorang pengawal keselamatan warga Nepal dipukul dengan sebatang kayu di tempat letak kereta dekat sini.
KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah terbesar dengan menahan seramai 23 individu dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM25.6 juta.
KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Persepsi masyarakat mengenai kereta model lama kurang menjadi pilihan penjenayah untuk dicuri perlu diubah kerana sebenarnya ia merupakan antara ‘barang panas’ yang sering menjadi sasaran di kalangan penjenayah ketika ini.
KUANTAN, 25 JULAI: Seorang pensyarah wanita di Maran dekat sini membuat laporan polis mendakwa dirinya kerugian RM325,00 yang turut merangkumi pinjaman bank selepas diperdaya sindiket Macau Scam sejak Ogos tahun lepas.
SEPANG, 24 JULAI: Polis menahan dua lelaki dipercayai keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan merampas kira-kira 11.6 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM440,000 yang dibungkus di dalam bungkusan teh cina, ketika hendak berlepas ke Miri, Sarawak, Rabu lepas.
SHAH ALAM, 23 JULAI: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik berhubung Sultan Selangor melalui akaun Facebook (FB) miliknya pada 2018.
JOHOR BAHRU, 21 JULAI: Polis menahan seorang lelaki yang didapati positif dadah jenis Meth, selepas mendapati bayinya yang baru berusia tiga bulan meninggal dunia semasa berada di bawah jagaannya, di sebuah rumah di Gelang Patah, petang semalam.
KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Editor buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’, Kean Wong, yang gambar kulit buku terbabit didakwa menghina Jata Negara, dikesan berada di Australia.
KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Polis akan memanggil dalam masa terdekat beberapa individu daripada syarikat pengeluar kasut, yang didakwa mencetak logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluarannya bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbangkan untuk menggunakan pistol perenjat elektrik (taser gun) secara menyeluruh bagi pegawai dan anggotanya semasa melaksanakan tugas harian.
KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menubuhkan Pasukan Kajian Semula, bagi menyiasat kesemua aspek kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Lima laporan polis diterima berkaitan dokumentari yang diterbitkan media antarabangsa Al-Jazeera berhubung cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika usaha mengekang penularan Covid-19.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.