KANGAR, 16 JUN: Seorang peniaga mengalami kerugian RM246,000 selepas terpedaya dengan pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan menerusi aplikasi ‘Wechat’.
SANDAKAN, 15 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan menahan seorang anggota penguat kuasa bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan bernilai kira-kira RM5,000 dalam urusan pengeluaran kad pengenalan Malaysia.
IPOH, 15 JUN: Polis telah menahan lelaki yang dipercayai mengamuk selepas memberhentikan kereta di lorong kanan KM 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kuala Kangsar pada Ahad lepas.
PARIT BUNTAR, 15 JUN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh ibunya yang 15 keratan bahagian badannya ditemukan dalam tangki kumbahan di sebuah rumah.
SHAH ALAM, 14 JUN: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lebih RM200,000.
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjual dadah berbentuk biskut secara dalam talian di sebuah kondominium di Bandar Manjalara, Kepong, di sini, Rabu lepas.
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Akibat mencuri barang kemas milik ibunya bernilai RM14,000, seorang wanita dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
GEORGE TOWN, 13 JUN: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan lapan lelaki termasuk dua warga Thailand serta merampas 840 kilogram (kg) ganja bernilai RM2.12 juta dalam dua serbuan di Pulau Pinang pada Jumaat dan Sabtu lepas.
IPOH, 13 JUN: Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki dipercayai mengamuk selepas memberhentikan kenderaan di lorong kanan Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kuala Kangsar petang semalam.
SHAH ALAM, 11 JUN: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya di rumah sewa mereka di Taman Sri Muda di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU, 9 JUN: Polis Terengganu menahan sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes penipuan tempahan rumah inap yang dilaporkan berlaku di negeri ini, baru-baru ini.
RAUB, 8 JUN: Seorang bekas diplomat dan anak lelakinya tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menanam pokok ganja, bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 7 JUN: Bursa Malaysia Bhd menggesa orang ramai untuk terus berwaspada dengan penipuan menerusi telefon berikutan terdapat makluman mengenai seorang pemanggil yang mengaku dirinya sebagai ahli lembaga Bursa untuk memohon derma.
KUALA LUMPUR, 7 JUN: Tindakan seorang lelaki memukul isterinya menggunakan kerusi membawa padah apabila dia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 7 JUN: Seorang bekas banduan yang baru bebas dari penjara enam bulan lalu kerana kesalahan mencuri kenderaan, seolah-olah tidak serik apabila sekali lagi ditangkap atas kesalahan sama, Ahad lepas.
SEREMBAN, 6 JUN: Seorang mekanik di Jempol mendakwa kerugian RM70,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai wakil dari klinik kesihatan dan pegawai polis pada 25 Mei lepas.
SHAH ALAM, 6 JUN: Sepasang suami isteri maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka terbabas di Jalan Banting- Dengkil awal pagi semalam.
IPOH, 5 JUN: Hasil bedah siasat ke atas keratan mayat wanita warga emas yang dipercayai dibunuh anaknya di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar mendapati punca kematiannya adalah akibat luka tetakan dan potongan tubuh.
MACHANG, 5 JUN: Polis mengesyaki cemburu antara motif seorang wanita hamil ditemukan mati dengan kesan tembakan pada perut di dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Repek, Pasir Mas, dekat sini petang semalam.
IPOH, 5 JUN: Bau busuk membawa kepada penemuan 15 keratan bahagian badan seorang wanita warga emas dalam tangki kumbahan dipercayai dibunuh anak lelakinya, di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.