PETALING JAYA, 1 SEPT: Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki memproses dan mengedar dadah dengan penemuan ketamin seberat 11,538 gram (g) dianggarkan bernilai RM611,515, Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
PEKAN, 29 OGOS: Tiga lelaki Orang Asli didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun, dua minggu lepas.
SHAH ALAM, 26 OGOS: Pendakwah terkenal Ebit Lew, 37, akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah atas 11 tuduhan gangguan seksual, bulan depan.
SHAH ALAM, 26 OGOS: Seorang wanita berusia 24 tahun ditemukan mati dipercayai akibat ditekup dengan menggunakan bantal oleh kekasihnya di sebuah rumah di Kampung Pandan, Klang, kelmarin.
BENTONG, 25 OGOS: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dan pengedaran tempatan dengan penahanan tiga lelaki warga emas di Bukit Tinggi dekat sini dan rampasan 841.06 kilogram syabu dianggar bernilai RM30.8 juta di sebuah rumah di sini, Sabtu lepas.
JOHOR BAHRU, 25 OGOS: Empat individu bergelar Datuk antara lapan lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan kes penipuan pindah milik tanah milik sebuah agensi badan berkanun seluas 1,699.68 hektar bernilai lebih RM100 juta di Kluang, 28 tahun lepas.
SHAH ALAM, 25 OGOS: Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengabaikan bayi berusia tiga bulan sehingga menyebabkan kematian di Putrajaya, awal bulan ini.
KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Tindakan dua rakan merompak wang tunai RM65 dari sebuah kedai serbaneka membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
BESUT, 24 OGOS: Seorang lelaki tidak sempat menerima habuan membawa 10 pendatang asing tanpa izin, apabila dia ditahan polis selepas kereta Perodua Alza dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Tok Dor dekat sini semalam.
KUANTAN, 23 OGOS: Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin pada Ahad.
SHAH ALAM, 22 OGOS: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, kerana mengugut mahu menyebabkan kematian adik perempuannya.
KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Polis menahan tujuh individu tempatan dan merampas lebih 31 kilogram dadah jenis ganja dan syabu dianggarkan bernilai RM112,500 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar ibu negara dalam Op Ophelia pada Khamis dan Jumaat lepas.
SHAH ALAM, 22 OGOS: Seorang wanita warga Indonesia bukan saja disamun, malah turut diperkosa individu mengaku 'pegawai imigresen' di sebuah hotel sebelum mangsa ditinggalkan di tepi jalan.
SEPANG, 22 OGOS: Polis melupuskan barang kes bagi tujuh kes antara 2018 dan 2021 yang telah selesai pendakwaan bernilai RM1.1 juta, kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof.
KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Sepasang kekasih ditahan selepas disyaki mendera wanita Orang Kurang Upaya (OKU) masalah saraf di sebuah rumah di Lembah Jaya Selatan, Taman Sri Intan Ampang dekat sini, malam tadi.
JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM1.34 juta akibat terpedaya dengan penipuan sindiket ‘Macau Scam’ selepas menerima panggilan kononnya dia terbabit dalam jenayah penipuan dan kegiatan haram, pada Khamis.
IPOH, 20 OGOS: Seorang ustaz dan tiga warden yang ditahan berhubung kematian seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar akibat kecederaan parah selepas mengamuk pada Rabu, direman seminggu.
KUALA TERENGGANU, 20 OGOS: Polis Terengganu menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan penjualan rokok seludup dan pinjaman wang tidak berlesen (ah long) di negeri ini kata Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan.
IPOH, 20 OGOS: Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.