KEMAMAN, 19 SEPT: Sembilan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di sini didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tiga rakan mereka bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Jalan Metro Perdana Barat, Taman Usahawan Kepong dekat sini semalam dan menahan 16 warga asing dipercayai bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO).
KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Sepasang suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang direman selama tujuh hari.
KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang, di sini, petang semalam.
KUANTAN, 16 SEPT: Seorang pesara Pejabat Perhutanan Jerantut ditemukan maut apabila menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri selepas bertengkar berhubung agihan hasil jualan tanah di Kampung Machang Raja Labu, Jerantut, dekat sini, hari ini.
JERTIH, 16 SEPT: Seorang warga emas lelaki putus ibu jari tangannya setelah dipukul oleh anaknya sendiri di sebuah rumah di Kampung Pengkalan Sentol di sini pada Rabu lalu.
KOTA BHARU, 15 SEPT: Polis menahan tiga individu termasuk suami kepada mangsa yang diculik di rumahnya dekat Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Selasa lepas.
BAGAN SERAI, 13 SEPT: Tiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat bergelar Datuk ditahan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM7 juta bagi projek pembinaan sebuah bangunan dengan kos keseluruhan berjumlah lebih RM100 juta di Terengganu.
JOHOR BAHRU, 13 SEPT: Seorang wanita yang sedang menjalani hukuman penjara kerana menipu, hari ini dihukum penjara berjumlah 80 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menipu berhubung penjualan barangan elektrik yang tidak wujud.
SHAH ALAM, 13 SEPT: Enam individu termasuk empat wanita ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai hampir RM900,000 sekitar tahun 2016 hingga tahun lepas.
JOHOR BAHRU, 10 SEPT: Polis menafikan berlaku kejadian penculikan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah pusat tuisyen seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.
SHAH ALAM, 9 SEPT: Seorang selebriti lelaki ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.
KLANG, 8 SEPT: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi kerja paksa sehingga menyebabkan kecederaan parah antara Mac dan Ogos tahun ini.
KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mesej kononnya pasukan keselamatan itu dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan notis amaran berhubung aktiviti jenayah yang menggunakan kanak-kanak jalanan, seperti yang tular di media sosial.
KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Seorang kerani syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya berusia enam bulan di sebuah rumah di Kampung Klang Gate, bulan lepas.
SHAH ALAM, 4 SEPT: Sepasang suami isteri warga asing ditahan polis selepas didakwa mencabul remaja perempuan berusia 12 tahun manakala isterinya mengugut untuk membunuh mangsa.
KUALA LUMPUR, 3 SEPT: Seorang majikan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia, di sebuah rumah di Batu Caves di sini.
TANGKAK, 3 SEPT: Polis mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan berkaitan ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.
KUALA LUMPUR, 2 SEPT: Polis menumpaskan satu sindiket memproses dadah berikutan penahanan tiga suspek lelaki warga tempatan dalam serbuan di Segambut, di sini, awal pagi Rabu lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.