KUALA LUMPUR 30 OKT: Lima penjawat awam antara 10 individu yang ditahan kerana memiliki dadah dalam Ops Noda di sebuah premis hiburan di Jalan Puchong, di sini Jumaat lepas.
GEORGE TOWN, 30 OKT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan Indonesia bersama empat kru kerana menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan di kedudukan 39 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini Jumaat lepas.
SHAH ALAM, 29 OKT: Pemilik butik pengantin yang didakwa terlibat beberapa kes penipuan pakej perkahwinan ditahan di Hentian Plaza Tol Bentong arah barat di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 29 OKT: Dua pengawal peribadi persendirian dipanggil polis semalam bagi memberi keterangan, membantu siasatan kes seorang lelaki cedera di kepala dan muka akibat dipukul di Flat San Peng, Jalan Gadek, di sini, Rabu lepas.
MELAKA, 29 OKT: Seorang pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan tiga sekeluarga maut di KM216 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Jejantas Ayer Keroh semalam, direman tiga hari bermula hari ini hingga Isnin ini.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Polis menahan seorang wanita di sekitar Klang dua hari lepas, dipercayai terlibat dalam penipuan berhubung penganjuran konsert yang tidak wujud, kononnya melibatkan beberapa artis popular.
TANAH MERAH, 24 OKT: Pasangan suami isteri warga asing ditahan selepas cuba menyeludup keluar barangan kawalan melalui pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, di sini semalam.
KOTA BHARU, 23 OKT: Polis Kelantan menahan seorang lelak berusia 35 tahun bagi membantu siasatan kejadian kes tembak sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki di Kampung Aur Tebing, Salor, di sini semalam.
BATU PAHAT, 22 OKT: Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM426,450 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dengan jenayah dadah dan menipu seorang bergelar 'Datuk Seri' .
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Seorang lelaki yang memiliki 15 rekod jenayah lampau ditahan kerana disyaki memiliki lebih 60 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai RM190,200 di sebuah rumah di Kampung Baru di sini, semalam.
PUTRAJAYA, 22 OKT: Seramai 10 lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air semalam.
ALOR SETAR, 20 OKT: Seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya berusia tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Sungai Lintang di sini, awal bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 19 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan pegawai khas kepada seorang ketua jabatan sebuah agensi kerajaan bergelar 'Datuk' yang sebelum ini ditahan kerana disyaki menerima suapan berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat kenderaan pada 2017.
SHAH ALAM, 19 OKT: Seorang bekas Hakim Mahkamah Sesyen hari ini dihukum penjara enam bulan dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan rasuah berhubung prosiding mahkamah.
KUALA LUMPUR, 19 OKT: Seorang lelaki tempatan ditahan semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan dan khianat terhadap haiwan dengan mencampakkan tiga ekor kucing dipercayai milik jirannya dari tingkat 15 di sebuah apartment di Jalan PJS 8/9, Petaling Jaya.
KUALA LUMPUR, 19 OKT: Orang ramai diminta untuk tidak menimbulkan spekulasi berhubung kes penculikan warga Palestin yang sudah dibawa ke mahkamah.
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar pembekuan aset atau perintah injunksi Mareva yang dikeluarkan mahkamah pada Mac dan April tahun ini yang memerlukan mereka mendedahkan lokasi keberadaan dan aset mereka.
KUALA LUMPUR, 15 OKT: Seorang lelaki ditahan kerana mencederakan adik perempuannya dalam satu kejadian di Taman Rakan, Kajang kelmarin.
KAJANG, 11 OKT: Seorang penyelia tapak pembinaan didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik dan membunuh teman wanitanya yang mayatnya ditemukan di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat.
KUALA LUMPUR, 9 OKT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau kes seorang rakyat Malaysia, Teo Boon Ching yang diekstradisi oleh Amerika Syarikat (AS) kerana dipercayai bersubahat menjalankan aktiviti pemerdagangan hidupan liar terancam dan pengubahan wang haram.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.