KUALA LUMPUR, 24 NOV: Bapa tiri yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun hingga mati di Taman Sri Ramal, Kajang direman selama lima hari bermula hari ini hingga 28 November 2022.
KUALA TERENGGANU, 24 NOV: Seorang penjual buah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat terhadap bas yang membawa pemain dan pegawai Selangor FC, selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada tengah malam Isnin lepas.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Polis menahan seorang lelaki selepas meragut telefon bimbit warga emas yang sedang menunggu isterinya di hadapan sebuah stesen minyak di Petaling Jaya, pada 19 November 2022.
KUALA LUMPUR, 23 NOV: Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai akibat didera bapa tirinya dalam kejadian di Taman Sri Ramal, Kajang di sini pada Isnin lepas.
SHAH ALAM, 23 NOV: Polis Selangor menahan seorang lelaki tempatan semalam dipercayai memuat naik rakaman video di akaun Instagramnya yang memaparkan ketidakpuasan hati terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan proses pemilihan Perdana Menteri ke-10.
BANGI, 22 NOV: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini, hari ini kerana merompak seorang doktor sebuah klinik dan pembantunya dengan mengacukan parang ke arah mereka.
SHAH ALAM, 17 NOV: Polis Selangor menerima 38 lagi laporan berkaitan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menjadikan jumlah keseluruhan laporan sepanjang tempoh berkempen di negeri itu sebanyak 290.
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Seramai 17 pekerja kilang pemprosesan makanan sejuk beku di Subang Jaya, Selangor mengalami gejala mual akibat terhidu gas nitrogen yang bocor di premis berkenaan, pagi tadi.
KUANTAN, 12 NOV: Tiga beradik maut manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan dinaiki mereka dipercayai terbabas di Kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) arah barat di Maran hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 NOV: Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menyamun secara berkumpulan sebuah kedai serbaneka di Taman Maju Jaya, Petaling Jaya menggunakan tukul besi, Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR, 8 NOV: Polis memburu dua lelaki kerana disyaki terlibat menyamun sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra, Bangi, dekat sini, semalam.
PETALING JAYA, 7 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyerahkan tiga wanita warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ke negara ini kepada Polis Diraja Thailand (RTP).
KUALA LUMPUR, 2 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan wujud aktiviti menjual cecair rokok elektronik (vape) yang mengandungi dadah secara terbuka.
KUALA LUMPUR, 2 NOV: Polis menahan seorang remaja lelaki yang disyaki membelasah ibunya kerana tidak mengemaskan rumah mereka di Kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini, Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 2 NOV: Jika tawaran kerja yang dijanjikan, kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, maka berhati-hatilah, kata JobStreet Malaysia, sebuah platform pengambilan kerja yang terkemuka.
KUALA LUMPUR, 2 NOV: Seorang pegawai imigresen ditahan kerana disyaki membawa enam lelaki warga India memasuki negara ini tanpa dokumen sah dalam sindiket menyeludup warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang, dekat sini semalam.
BANGKOK, 31 OKT: Polis Malaysia dan Tailand melumpuhkan sindiket pemerdagangan orang dan menyelamatkan empat mangsa yang ditahan di Malaysia.
IPOH, 31 OKT: Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng dekat sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 31 OKT: Seorang bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan, ditemukan di dalam kotak di sebuah hentian bas berhadap sebuah pangsapuri di Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 31 OKT: Tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan, di sini pada Sabtu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.