KUALA LUMPUR, 11 JAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Kadar indeks jenayah seluruh negara mencatatkan penurunan 4.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas apabila 50,819 kes direkodkan berbanding 52,974 kes sepanjang tempoh sama pada 2021.
PASIR MAS, 9 JAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 2,159 kilogram (kg) yang disyaki diseludup dari negara jiran di Kampung Padang Pakt Amat, Pasir Puteh, semalam.
KUALA LUMPUR, 9 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM27 juta dalam sembilan serbuan Op Kontraban di seluruh negara pada minggu pertama tahun ini dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan barangan bersubsidi.
JOHOR BAHRU, 8 JAN: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes suami isteri dipercayai melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan kerana melecur akibat bermain api di timbunan sampah di Kampung Parit Kuchi, Pontian, 30 Dis lepas.
JOHOR BAHRU, 8 JAN: Seorang pensyarah universiti di Iskandar Puteri mengalami kerugian RM1.3 juta selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam.
BALIK PULAU, 7 JAN: Polis sedang berusaha mengesan seorang kanak-kanak yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan menyembur cat pada beberapa kereta yang diparkir di kawasan Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas, di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kes samun bersenjatakan parang dan mencuri kereta Perodua Myvi berhampiran sebuah pangsapuri di Petaling Jaya di sini, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, 29 Disember lepas dipercayai berpunca daripada masalah peribadi antara mangsa dan suspek.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Jabatan Imigresen membongkar satu kegiatan pengeluaran kad pelarian kepada etnik Chin dari Myanmar yang didalangi sebuah pertubuhan tidak berdaftar hasil serbuan di kawasan flat di Jalan Imbi di sini, tengah malam tadi.
SHAH ALAM, 4 JAN: Dua penolong pegawai perubatan di Hospital Kajang dipenjara masing-masing lapan dan enam hari oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah antara 2019 dan 2021.
JOHOR BAHRU, 4 JAN: Polis menahan suami isteri bagi membantu siasatan melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan kerana melecur akibat bermain api di timbunan sampah di Kampung Parit Kuchi, Pontian, 30 Dis lepas.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Seorang lelaki tempatan yang dipercayai mabuk ditemukan lemas dalam sebuah kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang dekat sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Satu mayat lelaki warga tempatan ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya berikat di tepi Jalan Bestari Jaya - Rawang menghala ke Bestari Jaya, dekat sini, hari ini.
SERDANG, 30 DIS: Taktik empat lelaki yang menjadi penjual buah dengan bergerak sekitar Lembah Klang untuk memantau keadaan sebelum mencuri kenderaan akhirnya terbongkar, selepas ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Seri Kembangan dan Setapak, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.
SHAH ALAM, 30 DIS: Polis sedang menunggu laporan forensik bagi mengenal pasti isi kandungan bahan letupan yang digunakan hingga menyebabkan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang dekat sini, maut malam tadi.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Seorang pelayan di sebuah restoran maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, Ampang di sini malam tadi.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kematian penghuni sebuah pusat jagaan pesakit mental di Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada Selasa lepas.
SHAH ALAM, 29 DIS: Seorang lelaki yang menyamar dengan memakai telekung untuk mencuri di dalam masjid didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri telefon bimbit milik dua jemaah wanita pada minggu lepas.
SHAH ALAM, 28 DIS: Dua pemandu dan seorang penumpang kereta cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran jejambat Taman Megah, Petaling Jaya hari ini, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.