KUALA LUMPUR, 17 FEB: Polis menafikan dakwaan seorang lelaki terdapat mangsa kemalangan di Bukit Damansara tidak dibenarkan membuat laporan polis di sebuah balai di situ.
KUALA LUMPUR, 16 FEB: Seorang penghantar makanan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengambil gambar dan video seorang wanita sedang mandi, bulan lepas.
SEREMBAN, 15 FEB: Polis menahan 15 lelaki disyaki terlibat kejadian samun dan memecah masuk kedai di sekitar Nilai, dekat sini dan Kajang, Selangor dalam operasi selama sembilan hari sejak 26 Jan lepas.
SHAH ALAM, 14 FEB: Tiga pembantu perawatan kesihatan (PPK) di Hospital Serdang masing-masing dipenjara tiga hingga lima bulan serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KUALA LUMPUR, 14 FEB: Mayat lelaki ditemukan di kunci air Sungai Kerdas, Gombak, di sini, hari ini dipercayai mangsa lemas Sungai Pisang, Batu 12, pada Ahad lepas.
KUALA LUMPUR, 14 FEB: Seorang pengarah syarikat pembekal tenaga kerja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM1.19 juta.
SHAH ALAM, 13 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai di sebuah universiti tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bagi projek pendidikan berjumlah kira-kira RM330,000 antara 2018 dan 2022.
SHAH ALAM, 13 FEB: Cubaan seorang penyamun melarikan diri daripada dicekup polis dengan memandu secara merbahaya dari Banting hingga ke Klang sejauh lebih 30 kilometer gagal, apabila lelaki itu ditahan di sekitar Pelabuhan Klang, semalam.
PUTRAJAYA, 13 FEB: Polis menahan tiga lelaki warga India yang bekerja sebagai pencuci kereta kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang ditemui terapung di tasik belakang Masjid Haji Fisabilillah, Cyberjaya, dekat sini pada 11 Februari lepas.
SHAH ALAM, 13 FEB: Seorang pengarah syarikat penyelenggaraan pendingin hawa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM4,150 berhubung kerja-kerja pembekalan dan pemasangan kipas ekzos di surau perempuan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, lima tahun lepas.
SHAH ALAM, 13 FEB: Polis menahan tiga lelaki warga tempatan atas cubaan menceroboh sebuah gudang simpanan barangan keperluan harian menggunakan pedang samurai, playar dan pemotong besi di Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan, Telok Panglima Garang pada 3 Februari lalu.
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Wanita antara dua ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun berkumpulan dan bersenjatakan parang di sebuah rumah di USJ 9, Subang Jaya, di sini, semalam.
KOTA BHARU, 13 FEB: Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan penyeludupan membabitkan 29 migran warganegara Myanmar pada Januari lepas.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Lima lelaki warga tempatan ditahan petang semalam kerana disyaki terlibat kes samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Keramat Permai, Ulu Kelang, di sini, pada 29 Januari lepas.
SHAH ALAM, 12 FEB: Mayat lelaki ditemukan terapung 10 meter dari tebing Sungai Langat di Kampung Labohan Dagang di Bukit Changgang, Banting semalam.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu disyaki terlibat dalam skim penipuan sapiza extra saving di empat negeri menerusi serbuan pada 27 Januari lepas.
PASIR MAS, 11 FEB: Anggota polis cedera dilanggar motosikal yang ditunggang pendatang asing tanpa izin ketika bertugas di Ops Bersepadu Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang, di sini semalam.
KUALA LUMPUR,11 FEB: Polis menahan seorang peniaga selepas dilaporkan mengamuk dengan menggunakan sebilah parang di hadapan sebuah rumah sehingga merosakkan sebuah kereta milik keluarga teman wanitanya di Kampung Cheras Baru, di sini, pada Khamis.
PETALING JAYA, 10 FEB: Seorang bekas banduan tidak serik apabila sekali lagi dicekup kerana menyamun empat kedai serbaneka dengan menggunakan pistol angin.
GERIK, 10 FEB: Seorang pemandu treler didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memandu tidak cermat sehingga menyebabkan seorang wanita hamil mengalami keguguran pada Oktober tahun lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.