KUALA LUMPUR, 27 FEB: Polis sedang mengesan penghantar makanan yang bertindak menendang pengawal keselamatan bertugas di pos kawalan Taman Bukit Meringin dekat Sungai Ramal Luar, Kajang, pada 24 Februari lalu.
KLANG, 27 FEB: Dua lelaki dipercayai mencuri kabel tembaga di sebuah rumah pam air di sini ditahan polis Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR, 26 FEB: Sepasang suami isteri bergelar “Datuk” dan “Datin” ditahan di kediaman mereka di Shah Alam, pada 16 Feb lepas kerana disyaki menjadi ejen Pembantu Rumah Asing (PRA) secara haram.
SHAH ALAM, 25 FEB: Letupan yang berlaku hingga menyebabkan bumbung sebuah kereta Perodua Myvi berlubang di hadapan sebuah rumah di Padang Jawa, dekat sini, pada awal pagi, 17 Februari lalu dipercayai berpunca daripada bahan letupan berasaskan belerang.
SHAH ALAM, 24 FEB: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan bersubahat memalsukan penyata bank bagi menipu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dengan telus untuk mengetahui punca seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas di Pulau Pinang, 19 Februari lalu.
SHAH ALAM, 23 FEB: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Setia Alam dekat sini diletupkan, sebelum wang tunai dianggarkan berjumlah RM349,000 dilarikan.
KUALA TERENGGANU, 23 FEB: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung Perhimpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 (Himpit 2023) kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Terengganu, semalam.
KUALA LUMPUR, 23 FEB: Seorang remaja lelaki yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid, diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas dia mengaku salah mencuri wang tabung surau, tahun lepas.
JOHOR BAHRU, 22 Feb: Polis Johor kini sedang mengenal pasti serta mengesan individu yang menyamar sebagai Tunku Makhota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui Instagram, dengan menggunakan akaun ‘HRHCROWNPRINCEOFJOHOR’, dipercayai untuk memperdaya mangsa.
PUTRAJAYA, 21 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan suami isteri semalam kerana disyaki membuat tuntutan palsu membabitkan bayaran komisen program merekrut pelajar sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta, berjumlah hampir RM2 juta.
KUALA KRAI, 21 FEB: Polis menahan tiga beradik yang bertindak sebagai transporter dan tonto bersama 150 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM5.4 juta di dua lokasi berasingan di Kampung Kenor dan Kampung Tengah, di sini semalam.
GEORGE TOWN, 19 FEB: Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan maut dengan tiga kesan tembakan dalam kejadian di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, dekat sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 19 FEB: Polis membuka kertas siasatan berhubung penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai sengaja dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang, di sini, pada jam 6.30 petang, semalam.
SHAH ALAM, 18 FEB: Polis memburu lima suspek kes samun bersenjata di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Petaling, Klang, semalam.
YALA (Thailand), 18 FEB: Bekas isteri kepada warga Malaysia yang parah ditembak oleh penyerang tidak dikenali dalam satu kejadian di Jalan Chantharothai, bandar Betong, wilayah Yala di selatan Thailand pada Sabtu lepas (11 Feb) antara ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR, 18 FEB: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket curi kenderaan mewah selepas menahan 14 individu termasuk dalang utama dalam serbuan baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 17 FEB: Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan pengubahan wang haram, menerima suapan dan menipu membabitkan jumlah keseluruhan RM131,600.
SHAH ALAM, 17 FEB: Seorang isteri bersama seorang lelaki warga India didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh suami wanita itu dua tahun lepas.
PETALING JAYA, 17 FEB: Tiga kali pernah ditangkap sebelum ini namun seorang lelaki tidak pernah serik menjual air ketum yang telah diproses.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.