BUKIT MERTAJAM, 27 MAC: Polis menahan 11 warga asing termasuk tujuh wanita yang kesemuanya sedang asyik berpesta dadah dalam sebuah unit kondominium mewah, di sini Khamis lepas.
SHAH ALAM, 27 MAC: Seorang lelaki bertindak memukul, memijak, menampar dan menyepak ibunya selepas permintaan untuk mendapatkan RM20 bagi membeli dadah tidak dipenuhi.
JOHOR BAHRU, 26 MAC: Polis menahan seramai 11 individu bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di kawasan perumahan di Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini, pada 19 Mac lepas.
KUALA LUMPUR, 26 MAC: Penyewa sebuah kondominium ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing dipercayai dibunuh dalam kediaman itu di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, baru-baru ini.
SHAH ALAM, 25 MAC: Tiga beradik berusia antara 13 hingga 16 tahun dijumpai orang awam dalam keadaan tidak bermaya sementara dua daripadanya dirantai pada kaki.
KUALA LUMPUR, 25 MAC: Seramai sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa, ditahan dalam operasi khas SPRM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam ‘Op Lancar’, kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin di Sabah, pada Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 25 MAC: Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 Mac lalu.
MELAKA, 24 MAC: Sindiket pecah rumah yang menyasarkan kondominium dan pangsapuri di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan dengan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita secara berasingan di luar Melaka pada 14 dan 22 Mac lepas.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 119 individu dan merampas barangan bernilai RM37 juta dalam serbuan membanteras kegiatan penyeludupan dan penyelewengan barangan kawalan di seluruh negara sejak awal tahun ini sehingga Selasa lalu.
KOTA BHARU, 23 MAC: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dijumpai di dalam takungan air kumbahan di Ketereh di sini semalam disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas.
TANAH MERAH, 22 MAC: Polis merampas 499 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM17.9 juta yang dijumpai dalam sebuah van di tepi jalan Kampung Wan Ahmad, Isnin lalu.
KUANTAN, 18 MAC: Lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Kuala Lipis hari ini.
PUTRAJAYA, 18 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjejaki aset dan wang, dipercayai berjumlah jutaan ringgit hasil kegiatan haram sindiket penipuan pelaburan antarabangsa, yang dilumpuhkan menerusi Op Tropicana pada Februari lepas.
PUTRAJAYA, 17 MAC: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat memukul dua pekerja restoran nasi kandar terkemuka di Cyberjaya dekat sini semalam.
SIBU, 14 MAC: Seorang pempengaruh media sosial berusia 28 tahun mengalami kerugian RM16,799 selepas terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian menggunakan aplikasi Facebook.
MELAKA, 12 MAC: Polis mehahan tujuh lelaki yang disyaki memukul dua pemuda berumur 20an dalam pergaduhan yang berpunca daripada permainan video dalam talian Mobile Legend, di Telok Mas di sini petang semalam.
LAHAD DATU, 12 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada suku Pala'u ditemukan maut dengan kesan kecederaan di kepala, manakala kedua-dua tangan serta kaki kiri diikat dengan tali, di Kampung Panji di sini semalam.
KUANTAN, 8 MAC: Wang hasil sawit keluarga, simpanan sendiri dan pencen arwah suami milik seorang pesara guru yang berjumlah RM91,980 lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Tiga lelaki ditahan dalam Op Gelombang 2 kerana disyaki menjadi ‘transporter’ atau penghantar pendatang tanpa izin di sekitar Jeli dan Gua Musang, Kelantan, Isnin lalu.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Tiga lelaki ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Pelangi, Sentul, di sini, 25 Februari lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.