SIK, 2 APRIL: Tindakan sekumpulan lelaki berkumpul di kawasan parkir di Jalan Alamanda, di sini, dengan mengeluarkan bunyi bising kenderaan masing-masing mengundang padah apabila polis menyita 13 kereta Proton Wira dalam operasi malam tadi.
IPOH, 1 APRIL: Polis menahan seorang pemandu kereta kerana dipercayai terbabit dalam insiden menabur paku di atas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing, dekat Batu Gajah, seperti yang tular di sosial media sejak semalam.
JOHOR BAHRU, 1 APRIL: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditahan di kediamannya di Taman Universiti, Skudai, tengah malam Sabtu, kerana dipercayai mendatangkan kecederaan terhadap individu lain.
IPOH, 1 APRIL: Polis sedang mengesan pemilik kenderaan Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK 869 bagi membantu siasatan berhubung insiden menabur paku di atas jalan seperti yang tular di sosial media sejak semalam.
KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Dua lelaki cedera parah akibat ditetak dengan parang dalam pergaduhan di Jalan Mutiara Raya, Cheras, awal pagi semalam.
NIBONG TEBAL, 31 MAC: Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.
KUALA LUMPUR, 31 MAC: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah bernilai RM213,000 di Lembah Klang menerusi penahanan dua lelaki termasuk seorang warga asing pada 25 dan 27 Mac lepas.
GEORGE TOWN, 31 MAC: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 183.6 kilogram (kg) syabu bernilai RM6.0588 juta, dalam siri serbuan di negeri ini dan Kuala Lumpur pada Rabu dan semalam Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata Jabatan Siasatan...
JOHOR BAHRU, 30 MAC: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang lelaki yang dipercayai memukul serta membakar seekor anjing liar secara hidup-hidup, baru-baru ini.
TAWAU, 30 OKT: Polis mengesahkan sembilan individu termasuk pegawai Jabatan Imigresen yang disiasat, berhubung sindiket penyeludupan pendatang Filipina ke Semenanjung Malaysia baru-baru ini, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
MUAR, 30 MAC: Empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam tadi, dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah mereka.
KUALA LUMPUR, 29 MAC: Penipuan ‘Love Scam’ merupakan antara kes jenayah tertinggi direkodkan dalam tempoh 2018 hingga Februari lalu dengan nilai kerugian lebih RM365 juta.
SHAH ALAM, 29 MAC: Sembilan warga tempatan termasuk suami isteri ditahan polis kerana terlibat dengan sindiket mengambil upah melakukan jenayah khianat dan mengugut peminjam yang gagal membuat bayaran kepada along.
SHAH ALAM, 29 MAC: Polis sedang mengesan dua individu disyaki pasangan suami isteri dipercayai warga tempatan yang didakwa menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang pesara kerajaan baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 29 MAC: Polis menahan 21 individu warga tempatan disyaki terlibat kegiatan pusat panggilan judi dalam talian di sebuah kondominium di Plaza Arkadia, Desa Park City, Ahad lepas.
BATU PAHAT, 28 MAC: Lelaki yang disyaki mencuri sebuah telefon bimbit maut, manakala tiga cedera dan seorang terselamat, dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong di sini, semalam.
KUANTAN, 28 MAC: Duda sanggup mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan membuat pinjaman peribadi demi cintanya kepada 'wanita' yang hanya dikenali di Facebook, hingga kerugian RM183,600.
TAWAU, 28 MAC: Akibat meminjamkan kad pengenalan kepada orang lain dan gagal menunjukkan dokumen penting itu kepada pihak berkuasa, tiga individu dijatuhi hukuman penjara dan denda di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini.
ALOR GAJAH, 28 MAC: Pesara kerugian RM194,210 akibat diperdaya sindiket penipuan yang mendakwanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
SHAH ALAM, 28 MAC: Polis menahan dua lelaki disyaki memukul seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan seorang murid perempuan di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, dekat sini, Rabu lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.