KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Anggota polis yang ditahan kerana disyaki menyeludup mercun dan bunga api di Machang, Kelantan Selasa lalu akan dikenakan tindakan tegas.
KOTA BHARU, 7 APRIL: Anggota polis dan rakannya ditahan ketika membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM25,000 menggunakan kenderaaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Machang, Selasa lalu.
KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Polis menumpaskan skim penipuan pelaburan Planetrade dengan penahanan tiga lelaki dan enam wanita tempatan termasuk seorang pengarah syarikat yang mengendalikan skim berkenaan.
PUTRAJAYA, 6 APRIL: Polis menyerbu sebuah kedai alat tulis di Taman Seroja, Sepang, semalam yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan bunga api dan mercun serta menahan seorang wanita berusia 33 tahun yang merupakan pemilik premis.
IPOH, 6 APRIL: Seorang jururawat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas.
KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Seorang lelaki ditahan di sekitar Pendang, Kedah, semalam kerana dipercayai membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja melalui media sosial.
LANGKAWI, 6 APRIL: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 30,000 benih ikan kerapu tanpa permit import sah yang cuba dibawa masuk melalui Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, Sabtu lalu.
IPOH, 6 APRIL: Dua lelaki warga Bangladesh yang mengendalikan jengkaut maut selepas jentera itu terbalik dipercayai akibat berlaku gelongsoran tanah semasa menjalankan kerja di kawasan tapak kuari di Simpang Pulai di sini, malam tadi.
KUALA TERENGGANU, 5 APRIL: Dua beradik kerugian RM658,000 selepas diperdaya sindiket 'Phone Scam' yang menyamar sebagai pegawai insurans dan polis.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Seorang wanita maut selepas dipukul suaminya dengan tukul besi dalam kejadian di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun Terengganu.
PUTRAJAYA, 5 APRIL: Jabatan Imigresen menumpaskan rangkaian sindiket “money changer” haram yang didalangi warga asing dalam operasi khas yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 2 dan 3 April lepas.
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Mayat kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak, di sini semalam.
Kota Bharu, 5 APRIL: Dua individu kerugian lebih RM200,000 selepas ditipu scammer menerusi panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan ejen insurans.
IPOH, 5 APRIL: Seorang pesara guru wanita berputih mata apabila kerugian wang lebih 500,000 gara-gara terpedaya dengan panggilan 'telefon scam' yang kononnya dari syarikat insurans.
KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam lombong ketika memancing di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor dekat sini hari ini.
ALOR GAJAH, 4 APRIL: Seorang guru wanita mengalami kerugian RM78,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.
JOHOR BAHRU, 3 APRIL: Polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga Myanmar disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan hingga menyebabkan kematian seorang lelaki senegara di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, di sini, malam tadi.
ISKANDAR PUTERI, 3 APRIL: Polis menahan seorang lelaki kerana melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri awal pagi tadi.
PUTRAJAYA, 2 APRIL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan notis saman terhadap seorang pemandu bas atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu semasa perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh, baru-baru ini.
GEORGE TOWN, 2 APRIL: Polis menahan tiga lelaki yang melakukan rusuhan selepas perlawanan bola sepak antara Penang FC dengan Perak FC di luar Stadium Bandaraya di sini pada Jumaat lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.