MELAKA, 10 MEI: Seorang pengurus sebuah syarikat swasta maut ditikam seorang lelaki akibat mengeluarkan perkataan tidak senonoh, dalam kejadian di sebuah gerai makan di tepi Jalan Kenanga di sini semalam.
JOHOR BAHRU, 10 MEI: Lelaki warga asing ditahan selepas disyaki berkelakuan jelik di tempat mengambil wuduk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini semalam.
LANGKAWI, 10 MEI: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikesan memandu kereta Toyota Vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki kerana disyaki memuat naik dua kenyataan bersifat provokasi perkauman dan berunsur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam di laman sosial.
IPOH, 9 MEI: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas dua rakan atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki tiga tahun lepas.
SHAH ALAM, 9 MEI: Seorang perempuan maut dipercayai dipukul abang kandungnya dalam kejadian di Jalan Signal Hill, Kota Kinabalu Khamis lalu.
GUA MUSANG, 9 MEI: Seorang pemandu lori maut dihempap kayu balak ketika cuba menurunkan batang balak berkenaan di sebuah kilang papan di kawasan perindustrian Gua Musang, di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif institut automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta suapan RM5 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan program latihan dan penempatan pekerja.
JOHOR BAHRU, 7 MEI: Polis menahan 580 individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan judi dalam talian dalam 554 serbuan menerusi Op Dadu Khas di Johor sejak 1 Januari hingga semalam.
PONTIAN, 7 MEI: Polis menahan lima lelaki dan merampas dua jenis dadah bernilai RM3.43 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah Pontian dan Tangkak, Khamis lalu.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Wanita yang ditahan polis kerana disyaki memuat naik video berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di media sosial, direman empat hari mulai hari ini.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Imam Masjid Muadz Bin Jabal di Taman Setiawangsa, di sini, Muadzeen Ackil meninggal dunia ketika bermain badminton di sebuah gelanggang.
KUALA LUMPUR, 5 MEI: Seorang kerani wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pembantu rumah warga Indonesia menggunakan seterika dan air panas, sejak Mac tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 5 MEI: Ahli perniagaan Malaysia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga selepas kediaman mereka di Pakistan didakwa diserang sekumpulan mafia tempatan dengan peluru baru-baru ini.
KUANTAN, 5 MEI: Tiga unit kedai musnah dalam kebakaran di Lorong Tanjung Api 13, di Kampung Tanjung Api, di sini malam tadi.
KUALA LUMPUR, 4 MEI: Seramai 188 penjawat awam ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.
KUALA LUMPUR, 4 MEI: Seorang wanita direman lima hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.
KUALA TERENGGANU, 4 MEI: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita dari Kemaman yang mendakwa gambar dirinya dan ahli keluarga disalah guna serta dimuat naik dalam beberapa video lucah yang tular menerusi media sosial pada masa ini.
KUALA LANGAT, 4 MEI: Perjalanan pekerja kilang ke tempat kerjanya bertukar tragedi apabila mangsa maut dipanah petir dalam kejadian di Jalan Kampung Sri Cheeding, Sungai Jarom, Banting, Selangor kelmarin.
SEREMBAN, 4 MEI: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes samun barangan kemas bernilai lebih RM1 juta di belakang sebuah kedai emas di Kuala Pilah dekat sini, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.