KUALA LUMPUR 21 MEI: Lelaki tempatan berputih mata setelah kehilangan RM90,000 dipercayai ditipu seorang ejen jualan kereta pada 12 Mei lalu.
BUTTERWORTH, 21 MEI: Siasatan awal polis mendapati kes buli yang berlaku di sebuah sekolah menengah di sini pada Jumaat lalu membabitkan dua kejadian berasingan melibatkan dua mangsa iaitu pelajar lelaki tingkatan satu dan dua.
GEORGE TOWN, 21 MEI: Polis menahan sembilan remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kejadian pergaduhan di sebuah sekolah menengah di Butterworth baru-baru ini, yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu.
SERI ISKANDAR, 21 MEI: Polis sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia dipercayai mangsa bunuh dalam sebuah tangki najis, di Kuala Kangsar pada 14 Mei lepas.
SHAH ALAM, 20 MEI: Polis memburu empat individu bertopi keledar bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan maut dengan beberapa kesan tembakan di bahagian kepala berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat, Khamis lalu.
KUALA LUMPUR, 20 MEI: Kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda ibu negara petang semalam mengakibatkan 15 sekolah mengalami pelbagai kerosakan seperti bumbung bangunan tercabut dan pokok tumbang.
ALOR SETAR, 19 MEI: Tiga kritikal, enam lagi cedera apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh gerai nasi lemak di Jalan Hospital dekat Taman Suria Jitra, pagi tadi.
SHAH ALAM, 19 MEI: Lelaki maut dengan empat kesan tembakan di bahagian kepala dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat, lewat malam tadi.
KUALA LUMPUR, 19 MEI: Isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) sekiranya tidak ditangani boleh mengganggu keharmonian dalam negara dan akan menjadi lebih serius jika dibiarkan berterusan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
KUANTAN, 18 MEI: Seorang pensyarah wanita mendakwa kerugian lebih RM2.5 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insurans, sejak awal tahun ini.
KUALA LUMPUR, 18 MEI: Pembantu projek 'berputih mata' selepas kerugian RM58,800 akibat ditipu dalam pelaburan Bitfine.
MARANG, 18 MEI: Lebih 10 rumah rosak teruk selepas dilanda ribut dalam kejadian di Kampung Padang Mengkuang, Berangan dekat sini, petang semalam.
BAYAN LEPAS, 18 MEI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk dagangan keluaran hasilan haiwan iaitu tikus salai tanpa kebenaran di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini semalam.
KOTA MARUDU, 18 MEI: Seorang pengedar dadah menanam syabu di seberang sungai kecil berhampiran sawah padi di sebuah kampung di kawasan Tandek, di sini, bagi mengaburi pihak berkuasa.
JERTIH, 17 MEI: Seorang lelaki ditahan hari ini bagi membantu siasatan cuba memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini, disyaki akibat terdesak untuk membeli dadah.
PUTRAJAYA, 17 MEI: Seorang lelaki berkerusi roda dihantar ke penjara oleh Mahkamah Rayuan hari ini selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam bulan kerana memiliki kereta curi.
KUALA LUMPUR, 17 MEI: Gara-gara menghantukkan kepala ke kening isteri sehingga cedera dan menerima menerima tujuh jahitan, seorang penganggur dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
GEORGE TOWN, 16 MEI: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang mampu mengaut keuntungan sehingga RM3 juta sebulan selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam siri serbuan di sekitar negeri itu, bermula Jumaat hingga Ahad lalu.
KAMPAR, 16 MEI: Ahmad Danish Basyir Nasaruddin, 16, tidak menyangka sambutan Aidilfitri tahun ini bersama ibu dan empat adik-beradiknya adalah yang terakhir, apabila lima sekeluarga itu terkorban dalam nahas di Kampar pagi tadi.
BATU PAHAT, 16 MEI: Pemandu rentung dalam kemalangan membabitkan tiga lori membawa muatan kayu balak berdekatan lampu isyarat Kampung Temehel, Jalan Labis-Yong Peng, di sini, awal pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.