IPOH, 12 JULAI: Polis menahan seorang wanita kerana dipercayai menyebabkan anak perempuannya berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah.
IPOH, 12 JULAI: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bertindak membunuh dengan membakar isterinya, selepas berang kerana dituduh mengambil dadah, di Kampung Bharu, dekat Manjung, Isnin lepas.
KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Sebanyak 104 kertas siasatan dibuka berhubung sindiket penipuan tawaran kerja melibatkan kerugian lebih RM1.23 juta bermula Januari hingga Jun lepas.
IPOH, 11 JULAI: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, menerusi aplikasi WhatsApp, November lepas.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Dua lelaki berputih mata selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan pelaburan mata wang kripto dan saham berjumlah RM3,147,714 pada Februari dan Mei lalu.
MELAKA, 10 JULAI: Dua mayat lelaki ditemukan dalam dua bungkusan kanvas berdekatan kawasan timbunan sampah di Kampung Ujong Padang, Cheng di sini hari ini.
IPOH, 10 JULAI: Polis menahan tiga petugas sebuah taska di Taman Meru Perdana 2 di sini yang dipercayai mendera lima kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun di taska berkenaan, minggu lalu.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terlibat dengan dua sindiket pengedaran dadah susulan rampasan dadah seberat 222 kilogram (kg) bernilai RM7.42 juta, hasil dua serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar Selangor, baru-baru ini.
SEREMBAN, 10 JULAI: Seramai 14 penumpang warga asing antara mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah kereta di Kilometer 285.3 Lebuhraya Utara - Selatan (Plus) arah ke Kuala Lumpur, 5.25 pagi tadi.
KUANTAN, 9 JULAI: Wang simpanan RM92,540 milik kerani akaun lesap selepas wanita itu terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi laman Facebook pada Mac lalu.
BUTTERWORTH, 9 JULAI: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dipercayai sedang tidur maut selepas bilik di rumah flat didiami bersama keluarganya terbakar dalam kebakaran di Taman Pantai Bersih, di sini hari ini.
KEMAMAN, 9 JULAI: Bayi perempuan berusia setahun lima bulan maut selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipercayai dipandu sepupunya di rumah mereka di Kampung Darat Kolam, Kerteh di sini, malam tadi.
BALIK PULAU, 9 JULAI: Polis menahan seorang lelaki dipercayai keldai akaun kepada sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along membabitkan pinjaman sebanyak RM2,676,000, pada Khamis lepas.
PUTRAJAYA, 7 JULAI: Operasi membanteras aktiviti menyorok gula atau Op Manis, yang sepatutnya tamat 30 Jun lalu dilanjutkan hingga 31 Julai ini, kata Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam.
IPOH, 7 JULAI: Enam individu termasuk dua beradik ditahan disyaki menjadikan sebuah premis di Jelapang di sini sebagai makmal memproses dadah, dalam serbuan Rabu lalu.
KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Gaji dan keperluan pegawai rendah polis akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan lagi integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Suami isteri cedera manakala anak lelaki mereka terselamat apabila disimbah asid oleh seorang wanita ketika memasuki lif di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Gombak, dekat sini, 4 Julai lalu.
BENTONG, 6 JULAI: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bapanya, bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba dan menunggang secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar ke Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu.
KOTA BHARU, 3 JULAI: Seorang lelaki direman tujuh hari bermula semalam selepas disyaki menikam bekas isterinya Rokiah Ayub, 42, sehingga maut di sebuah rumah di Taman Desa Darul Naim, Pasir Tumboh di sini semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.