CHUKAI, 16 SEPT: Tiga beranak maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka sekeluarga dirempuh sebuah lori pasir di KM154, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Simpang 4, Jalan Mak Lagam-Cheneh, di sini semalam.
SHAH ALAM, 14 SEPT: eorang wanita pesara syarikat swasta di Subang Jaya menanggung kerugian RM3.839 juta selepas menjadi mangsa sindiket ‘phone scam’ dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kes jenayah aktiviti pengubahan wang haram.
KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Pesara kerajaan berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM4.4 juta akibat terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Fasa 2 pada waktu puncak melibatkan 16 lokasi di sekitar ibu negara selama dua minggu bermula Jumaat ini.
JOHOR BAHRU, 13 SEPT: Ibu maut, tiga anaknya termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sesak nafas selepas rumah kedai didiami mereka di Jalan Senyum, Kampung Wadi Hana di sini terbakar, pagi tadi.
IPOH, 13 SEPT: Wanita warga emas menjadi mangsa terbaharu ‘phone scam’ di Perak apabila kerugian RM1.4 juta selepas terpedaya dengan taktik penyamaran sebagai pekerja syarikat kurier dan pegawai polis sejak tiga tahun lalu.
SHAH ALAM, 13 SEPT: Seorang wanita meninggal dunia disyaki didera oleh suaminya di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram pada 2 Sept lepas, kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa.
JOHOR BAHRU, 12 SEPT: Polis merampas 180,000 ekor benih udang karang bernilai RM1.8 juta dipercayai diseludup dari negara jiran di Jeti Awam Legaran Air Gemuruh, Sedili, Kota Tinggi semalam.
SHAH ALAM, 12 SEPT: Pemandu treler parah selepas kenderaan dipandu terbabas di bahu jalan berhampiran plaza tol Lebuhraya Guthrie hari ini.
IPOH, 12 SEPT: Wang simpanan dalam Tabung Haji dan amanah saham milik pekerja swasta di Ipoh lesap selepas mengalami kerugian RM473,225 apabila menjadi mangsa 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai syarikat insurans, pegawai polis dan peguam.
KEPALA BATAS, 12 SEPT: Polis menahan dua nelayan bersama 20.748 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM660,000 dalam serbuan di Kuala Bekah, Penaga di sini, Sabtu lepas.
BUKIT MERTAJAM, 12 SEPT: Pekerja di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini gempar selepas seorang daripada mereka menjumpai bom tangan di situ semalam.
KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah lori yang diparkir di kawasan tempat letak kereta di Danau Kota, Setapak di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Dua premis yang dijadikan pusat panggilan untuk mempromosikan perjudian dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari Bangladesh, diserbu polis dalam operasi di Lembah Klang, di sini Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang beroperasi di sebuah pejabat mewah dengan kadar sewa bulanan RM17,400 lumpuh apabila polis menahan 29 individu dalam serbuan di Jalan Pudu, Bukit Bintang di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana memiliki tatu ahli kongsi gelap "geng 08" dan disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Jalan Dagang Permai 3, Taman Dagang Permai, Ampang, Selangor semalam.
GEORGE TOWN, 8 SEPT: Lapan deretan kedai dua tingkat di Jalan Datuk Keramat, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.
KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Polis menahan empat individu kerana disyaki terbabit dalam kes culik seorang lelaki yang ditemukan maut berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 14 Puchong, Selangor kelmarin.
KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang di sini.
KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Polis menerima tiga lagi laporan daripada ibu bapa melibatkan kes dera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras setakat semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.