PUTRAJAYA, 17 OKT: Seorang pemuda yang hilang pendengaran selepas dibuli di sebuah sekolah menengah di Terengganu lapan tahun lepas kekal memperoleh ganti rugi lebih RM600,000 di Mahkamah Persekutuan di sini.
IPOH, 17 OKT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan maut di dalam sebuah mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 16 OKT: Polis menahan 207 warga asing dalam serbuan di enam pusat hiburan di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor sejak Khamis lalu hingga semalam.
KUCHING, 16 OKT: Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita, termasuk seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun susulan penemuan dadah syabu seberat 42.2 kilogram (kg) bernilai RM1.4 juta di sebuah hotel di bandar raya ini Khamis lepas.
SHAH ALAM, 16 OKT: Dua lelaki ditemukan lemas di Tasik Bandar Puteri, Klang dekat sini, tengah malam tadi.
JOHOR BAHRU, 16 OKT: Seorang penuntut yang sedang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di sini, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba, Sabtu lalu.
BUTTERWORTH, 15 OKT: Sebuah kereta dipandu lelaki warga emas terperosok dalam sebuah kedai menjual nombor ekor sehingga merempuh seorang pekerja wanita di situ, dalam dalam kejadian di Taman Molek, di sini hari ini.
IPOH, 15 OKT: Polis menahan seorang tukang kebun sekolah yang disyaki terlibat dengan kes bunuh pengawal keselamatan di Bandar Sri Botani di sini yang ditemukan maut di pondok pengawal sekolah berkenaan pagi semalam.
IPOH, 15 OKT: Polis menahan seorang duda dan ibu bapanya bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dua bulan yang disyaki didera di Bagan Serai, pada Jumaat.
KUALA LUMPUR, 14 OKT: Seorang wanita warga asing yang bekerja sebagai pengasuh di sebuah taska di Kota Damansara dekat sini ditahan polis semalam, susulan kematian seorang bayi perempuan berusia dua bulan di premis itu, Selasa lepas.
KUALA LUMPUR, 14 OKT: Seramai 4,509 individu termasuk penjawat awam dan pelajar sekolah, ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Op Tapis Khas yang dijalankan di seluruh negara dari 10 hingga 12 Oktober lalu.
PUTRAJAYA, 12 OKT: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati seorang pengumpul besi buruk kepada penjara 35 tahun yang didapati bersalah membunuh isterinya dengan menyimbah minyak petrol ke tubuh wanita itu sebelum membakar mangsa.
GEORGE TOWN, 12 OKT: Semua jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sensitif kerana mana-mana sahaja anggota polis boleh menyalah guna kuasa dan terlibat dengan rasuah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
KUALA LUMPUR, 12 OKT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur menggagalkan cubaan menyeludup masuk ayam sejuk beku, minuman keras dan rokok membabitkan cukai berjumlah RM4,621,430.
KUANTAN, 12 OKT: Guru wanita berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM190,000 lesap akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon Ogos lalu.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Seramai 1,871 individu ditahan dalam Op Dadu Khas bertujuan membanteras judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen yang dijalankan di seluruh negara dari 22 September hingga 5 Oktober lalu.
GEORGETOWN, 11 OKT: Lelaki tempatan parah selepas ditikam dalam insiden pergaduhan dipercayai berpunca masalah hutang di sebuah pasar di Lebuh Cecil di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Remaja lelaki kerugian RM283,000 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam talian yang menyamar anggota polis pada 30 September lalu.
SHAH ALAM, 11 OKT: Polis menyiasat video tular memaparkan seorang lelaki yang didakwa dipukul ketika berada dalam tahanan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Klang Selatan.
BENTONG, 11 OKT: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM10,000 tiap seorang ke atas 15 lelaki selepas mereka mengaku terlibat dalam penipuan pelaburan tidak wujud yang menyasarkan mangsa dari Singapura.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.