IPOH, 8 APRIL: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik- Jeli, dekat Gerik semalam meninggal dunia malam tadi.
KLANG, 8 APRIL: Satu pasangan suami isteri yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel bulan lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan yang berkaitan dengan pemilikan senjata api berkenaan.
KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Polis merampas 1,145 pasang kasut berjenama bagi membantu siasatan berhubung laporan mengenai logo kasut yang dikatakan mirip kalimah Allah.
SETIU, 8 APRIL: Seorang pemandu dan kelendan lori masing-masing didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 228 keratan karkas babi seberat 9,120 kilogram bernilai RM246,240 pada November tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika operasi rondaan Op Khas Pagar Laut dijalankan di perairan Kunak 8.30 pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini 27 Mac lepas, dijangka akan dituduh di mahkamah minggu ini.
KUANTAN, 7 APRIL: Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan di sebuah kasino di Genting Highlands semalam.
JOHOR BAHRU, 7 APRIL: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah dengan penahanan tiga individu serta merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2 juta di sekitar bandar raya ini dan Seri Alam, di sini, Selasa lalu.
KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Seorang lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini minggu lepas disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini.
KOTA BHARU, 7 APRIL: Dua lelaki ditahan kerana menjual pelbagai mercun dan bunga api tanpa permit sah dianggar bernilai RM1,730 di Bazar Ramadan Dataran Kemahkotaan, Machang, Sabtu lalu.
BALIK PULAU, 6 APRIL: Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
KOTA BHARU, 6 APRIL: Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit dianggarkan bernilai RM2,000 di bazar Ramadan Ayer Lanas, Jeli, di sini, kelmarin.
KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan lagi individu termasuk tiga warga asing dalam operasi berasingan di ibu kota dan Johor pada Khamis dan Jumaat (4 dan 5 April), bagi membantu siasatan penahanan seorang warga Israel bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Ampang pada 27 Mac lepas.
MELAKA, 5 APRIL: Seramai 23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah menengah ditahan kerana merusuh dalam kejadian di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini pada 29 Mac lepas.
KOTA BHARU, 4 APRIL: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap 1,073 ekor pelbagai spesies ular di seluruh negeri ini pada Februari lalu.
SEREMBAN, 4 APRIL: Lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Senawang Paroi, Taman Rashidah Utama di sini 4 petang tadi.
SEREMBAN, 4 APRIL: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiayai seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di sebuah rumah di Mantin, Nilai bagi tempoh antara April 2023 hingga 23 Mac lepas.
KLANG, 4 APRIL: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor) berjaya menyekat cubaan menyeludup rokok dan pengilangan haram minuman keras bernilai RM1.152 juta dalam dua serbuan berasingan di Balakong dan Cheras pada 29 Mac dan 1 April lalu.
KOTA BHARU, 4 APRIL: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita di sebuah kedai runcit pada Mac lepas.
KOTA BHARU, 4 APRIL: Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam membantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen menerusi Op Vulture di sekitar bandar ini, pada Selasa lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.