KUALA LUMPUR, 7 MEI: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi seorang warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) hukuman penjara sehari, kerana memberi laporan palsu kepada seorang anggota polis, Jumaat lepas.
PASIR MAS, 7 MEI: Sebanyak 153 kes dengan pelbagai barangan rampasan bernilai RM3.2 juta dicatatkan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Taring Wawasan Kelantan dalam tempoh sebulan.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Tempoh reman terhadap lima pegawai dan anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta, akan disambung berikutan akan tamat esok.
IPOH, 6 MEI: Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah serta merampas dadah jenis heroin berjumlah 21 kilogram di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping, Jumaat lepas.
KUANTAN, 6 MEI: Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpetdaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian Mac lepas.
SHAH ALAM, 6 MEI: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat kes simbahan asid terhadap pemain Selangor FC Faisal Halim di pusat beli belah di Damansara, semalam.
SHAH ALAM, 5 MEI: EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi mengesahkan pemain Selangor FC dan kebangsaan Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu insiden di sebuah pasar raya hari ini mengalami kelecuran tahap dua.
KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain bola sepak kebangsaan yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara petang tadi, kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan berada dalam keadaan stabil.
KUALA TERENGGANU, 5 MEI: Polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kes samun pemain bola sepak Terengganu FC (TFC) Akhyar Rashid.
SEREMBAN, 5 MEI: Suami isteri ditahan bagi membantu siasatan dakwaan wanita berusia 20 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun, sehingga melahirkan anak di Kampung Chuah, Port Dickson.
PASIR MAS, 4 MEI: Polis Kelantan menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 untuk memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan kejadian letupan bom dan tembakan di Pasemas, Wilayah Narathiwat, Thailand Isnin lalu.
SHAH ALAM, 3 MEI: Seorang pekerja sebuah syarikat penapis air yang mencuri beg sandang seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan dihukum penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan individu termasuk dua wanita di dua premis dalam satu serbuan di Petaling Jaya, Selangor pada 25 April lepas.
PUTRAJAYA, 2 MEI: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang bekas pekerja resort dengan pemenjaraan selama 38 tahun bagi kesalahan membunuh majikannya yang hamil lima bulan, hampir 16 tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 2 MEI: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
KUALA LUMPUR, 2 MEI: Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
IPOH, 1 MEI: Dua beradik iaitu remaja perempuan, 15, dan adik lelakinya, 13, cedera selepas sebatang pokok bersaiz dua pemeluk tumbang menghempap sebuah rumah dan kenderaan dalam kejadian di Jalan Menteri dekat Selama, hari ini.
JOHOR BAHRU, 1 MEI: Polis menahan 11 individu disyaki terlibat tawaran kerja palsu dan pelaburan tidak wujud dalam serbuan di dua unit kediaman sekitar bandar raya ini, Isnin lepas.
JOHOR BAHRU, 1 MEI: Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lepas.
BALIK PULAU, 30 APRIL: Polis menahan remaja lelaki warga asing yang disyaki menyamar pegawai polis bagi memeras ugut dan menyamun pekerja asing.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.