KUALA LUMPUR, 27 JUN: Individu dipercayai suspek yang membuat penghantaran bungkusan bom palsu di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) di Putrajaya pada 5 Jun kini diburu polis.
KLANG, 27 JUN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah II (Selangor) mematahkan cubaan penyeludupan pelbagai barangan termasuk air zamzam dan rokok, membabitkan nilai rampasan serta cukai berjumlah RM730,530 menerusi enam operasi berasingan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 27 JUN: Sebanyak 3.45 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan daripada Akaun Sejahtera sebanyak RM10.86 bilion setakat 10 Jun, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
KUALA LUMPUR, 27 JUN: Cubaan dua lelaki mencuri kabel gagal apabila seorang daripada mereka ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartmen di Kajang Utama, semalam.
SHAH ALAM, 26 JUN: Dua lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian cubaan meragut barangan berharga milik seorang wanita di Lebuhraya Kesas semalam yang tular di media sosial ditahan polis.
GEORGE TOWN, 26 JUN: Dua lelaki yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan di Butterworth dekat sini hari ini dipercayai dalam perjalanan melakukan rompakan atau mengedar dadah.
KAJANG, 26 JUN: Buat julung kalinya polis Selangor akan menganjurkan Selangor Police Integrity Half Marathon di Stadium Sultan Suleiman, Klang, Selangor pada 14 Julai ini.
SEREMBAN, 26 JUN: Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bahau, dekat sini semalam.
PORT DICKSON, 25 JUN: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya.
IPOH, 25 JUN: Seorang jurujual kerugian RM904,000 selepas terperdaya dengan pelaburan saham secara dalam talian menerusi laman Facebook sejak April lepas.
IPOH, 25 JUN: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Restu Jaya, Bercham pada 12 Jun lepas.
BATU PAHAT, 25 JUN: Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini, berdasarkan pengecaman keluarga.
JOHOR BAHRU, 24 JUN: Lapan individu dipercayai terlibat sindiket penyeludupan senjata api dan pengedaran dadah diberkas susulan kejadian dua penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Taman Abad, di sini, pada 14 Jun lepas.
PUTRAJAYA, 24 JUN: Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati dijatuhkan terhadap seorang lelaki berusia 41 tahun kepada penjara 35 tahun, kerana sabitan membunuh seorang pencuci rumah warga Indonesia pada 2017, yang didakwanya telah memburuk-burukkannya.
KUALA LUMPUR, 24 JUN: Seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan antara dua lelaki yang ditahan, kerana disyaki melakukan khianat dengan membaling batu pada cermin bas yang membawa penyokong pasukan bola sepak Perak.
GEORGE TOWN, 24 JUN: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang didakwa membunuh ibunya dua minggu lepas, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan.
KUALA LUMPUR, 24 JUN: Seorang lelaki cedera ditembak selepas kereta dipandunya merempuh kenderaan polis dalam kejadian di Serendah, Selangor pada Jumaat lepas.
BATU PAHAT, 23 JUN: Mayat kedua mangsa insiden bot nelayan terbalik yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Segenting di sini ditemukan terdampar di Pantai Koris, Senggarang oleh orang awam pada 11.30 pagi tadi.
GEORGE TOWN, 23 JUN: Lima lelaki warga Bangladesh ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian culik melibatkan seorang lelaki senegara, Jumaat lalu.
BANDAR PERMAISURI, 23 JUN: Seorang penjawat awam wanita kerugian RM148,200 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan percintaan dalam talian, awal bulan ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.