KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menahan 1,952 pendatang tanpa izin dan 109 majikan yang menggajikan mereka menerusi pelbagai operasi dari Januari hingga Ogos lalu.
SHAH ALAM, 11 SEPT: Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.
TAPAH, 11 SEPT: Seorang tukang cuci dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memuat naik komen berbaur fitnah di media sosial terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lepas.
KUALA TERENGGANU, 11 SEPT: Seorang pesara kerajaan kerugian RM91,060 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
KOTA BHARU, 11 SEPT: Seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di sini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi berusia sebulan, semalam.
KOTA BHARU, 11 SEPT: Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang di sini awal pagi kelmarin.
KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan berhubung tangkapan terhadap seorang ketua polis negeri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
TELUK INTAN, 10 SEPT: Peguam kerugian RM1.75 juta akibat terperdaya dengan penipuan cinta selepas berkenalan dengan lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lalu.
KUALA SELANGOR, 10 SEPT: Ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak perempuannya berusia lima tahun sehingga cedera.
KUALA LUMPUR, 10 SEPT: Lelaki warga Cameroon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki wang palsu serta peralatan untuk memotong dan membalut wang palsu itu, bulan lalu.
KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai mengumpil dua tabung derma di Masjid An-Nur di USJ 4 Subang Jaya pagi semalam yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3,000.
SEREMBAN, 9 SEPT: Seorang wanita yang membenarkan anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik di sini hari ini.
MACHANG, 9 SEPT: Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi penjawat awam dengan menahan 10 individu dan merampas dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM2 juta dalam dua operasi serentak di Lembah Klang dan Johor Bahru.
KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Tertekan tidak dapat melihat jenazah ahli keluarga buat kali terakhir, seorang lelaki mengamuk dan sanggup memecahkan cermin Bahagian Forensik Hospital Sungai Buloh, dekat sini Khamis lepas.
ALOR GAJAH, 9 SEPT: Polis hari ini mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini semalam akibat lemas.
IPOH, 7 SEPT: Lelaki parah selepas ditetak dengan parang dalam kejadian di Taiping Rabu lalu dipercayai akibat cemburu.
KUANTAN, 7 SEPT: Seorang pesara guru berputih mata apabila kerugian lebih RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan melalui panggilan telefon oleh individu menyamar pegawai TNB dan polis.
IPOH, 7 SEPT: Polis menahan lelaki tempatan berkaitan hantaran komen berbaur fitnah menerusi media sosial Facebook terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lalu.
ALOR GAJAH, 7 SEPT: Bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, di sini semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.