SINGAPURA, 20 MEI: Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura Mengenai Situasi Covid-19 telah membuat penilaian, dan memutuskan untuk menghentikan terus tempoh pemutus rantaian penularan penyakit itu di negara berkenaan pada 1 Jun ini, sekali gus membenarkan tiga perempat ekonominya untuk kembali beroperasi, dan satu pertiga daripada tenaga kerja kembali bekerja dalam fasa permulaan.