MOSCOW, 13 OGOS: Vaksin baharu Rusia untuk Covid-19 disyorkan kepada individu berusia 18 hingga 60 tahun, kata ketua Pusat Kesihatan Saintifik Kementerian Kesihatan Rusia Vladimir Bondarev pada Rabu.
NARATHIWAT, 12 OGOS: Kenderaan milik warga Thai yang ditinggalkan di Malaysia kerana pulang ke kampung halaman dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19, kini dibenarkan masuk ke negara mereka secara berperingkat.
SINGAPURA, 12 OGOS: Singapura mencatat 42 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 11 daripadanya adalah kes import dalam tempoh 24 jam lepas.
JAKARTA, 12 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 130,000 selain 86,619 orang masih dalam pemantauan virus itu.
GENEVA, 12 OGOS: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang dalam perbincangan dengan Rusia mengenai kemungkinan pra kelayakan vaksin COVID-19 pertama di dunia, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap WHO pada Selasa.
MOSCOW, 12 OGOS: Vaksin pertama di dunia yang didaftarkan untuk merawat Covid-19 serta dibangunkan oleh Rusia diberi nama Sputnik V, memetik laman web rasmi vaksin pada Selasa.
BEIRUT, 12 OGOS: Presiden Lubnan Michel Aoun pada Selasa berikrar beliau akan meneruskan siasatan terhadap insiden letupan di Beirut pada 4 Ogos, membunuh 171 orang dan mencederakan kira-kira 6,000 yang lain, lapor agensi berita Xinhua.
ANKARA/BEIRUT, 11 OGOS: Presiden Lubnan Michel Aoun pada Isnin menerima peletakan jawatan kerajaan yang memerintah dan melantik Perdana Menteri Hassan Diab sebagai ketua kerajaan sementara, lapor agensi berita Anadolu.
MOSCOW, 11 OGOS: Jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia sudah melebihi 20 juta, lapor agensi berita Sputnik berdasarkan data Johns Hopkins University.
SINGAPURA, 10 OGOS: Singapura melaporkan sejumlah 188 kes baharu jangkitan Covid-19 bagi tempoh 24 jam lepas, dengan 12 daripadanyua adalah kes import dan satu kes dalam komuniti.
JAKARTA, 10 OGOS: Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter.
SHAH ALAM, 10 OGOS: Hampir 20 juta kes Covid-19 dicatatkan di seluruh dunia ketika ini, yang mungkin tidak menggambarkan kadar jangkitan sebenar.
JAKARTA, 8 OGOS: Indonesia mencatatkan 2,277 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini sebanyak 123,503 kes.
BANGKOK, 7 OGOS: Thailand telah melaporkan 15 kes baharu Covid-19 termasuk 10 rakyat Thailand yang kembali dari Arab Saudi dan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 3,345 kes dengan 58 kematian.
JAKARTA, 7 OGOS: Indonesia mencatatkan 2,473 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu di republik berkenaan kini meningkat kepada 121,226 kes.
SINGAPURA, 7 OGOS: Singapura mencatat 242 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu setakat ini ialah 54,797.
KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai merakam keterangan sembilan individu berhubung kes perhimpunan penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 28 Julai lepas.
BEIRUT, 7 OGOS: Pihak berkuasa Lubnan menahan 16 pekerja Pelabuhan Beirut, susulan kejadian letupan besar yang membunuh sekurang-kurangnya 135 orang dan hampir 5,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan pada Khamis.
GENEVA, 7 OGOS: Enam vaksin percubaan Covid-19, termasuk tiga dari China, kini memasuki percubaan fasa ketiga, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
AMMAN, 7 OGOS: Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa "perubahan besar" dalam kepemimpinan Lubnan ekoran kejadian letupan besar di Beirut pada Selasa.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.