SINGAPURA, 14 DIS: Singapura memasuki Fasa Tiga pembukaan semula ekonomi dan sosialnya pada 28 Disember ini, dan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 dijangka tiba ke sini hujung bulan ini.
SINGAPURA, 12 DIS: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada tujuh kes import yang diumumkan semalam melibatkan seorang rakyat Malaysia berusia 44 tahun.
CANBERRA, 10 DIS: Satu kajian di Australia mendapati ujian air kumbahan dapat mengesan Covid-19 beberapa minggu sebelum seseorang yang dijangkiti mengalami gejala.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Sebanyak 2,742 rakyat Malaysia ditahan di luar negara sehingga hari ini atas pelbagai kesalahan termasuk kes dadah, penipuan, pemalsuan kad kredit serta kesalahan kastam dan imigresen.
WASHINGTON, 8 DIS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mengisytiharkan 27 Disember sebagai 'Hari Kesiapsiagaan Wabak Antarabangsa' berikutan wabak maut itu kini meragut lebih sejuta nyawa sejak pertama kali dikesan hampir setahun lalu, lapor Agensi Anadolu.
MOSCOW, 7 DIS: Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini sudah mencecah lebih 67 juta, menurut data terbaru Johns Hopkins University.
BANGKOK, 6 DIS: Thailand tidak berdepan gelombang baharu pandemik Covid-19 meskipun peningkatan jumlah kes jangkitan virus itu dikaitkan dengan rakyat Thailand yang kembali dari pekan Tachileik di sempadan Myanmar, kata seorang pegawai kanan kesihatan hari ini.
BANGKOK, 5 Dis: Thailand merekodkan 19 kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk dua kes penularan tempatan manakala sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes kepada 4,072 dan 60 kematian setakat ini.
BANGKOK, 4 DIS: Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha mengarahkan gabenor di setiap wilayah memperketat kawalan keselamatan di sempadan masing-masing untuk menyekat kemasukan pendatang tanpa izin bagi membendung penularan Covid-19.
SINGAPURA, 4 DIS: Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) semalam menafikan dakwaan terdapat lebih 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura, kini merempat kerana tidak mampu untuk menyewa bilik mahupun katil.
JAKARTA, 3 DIS: Jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia buat pertama kalinya mencatatkan angka melebihi 8,000 kes dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac 2020.
WASHINGTON, 3 DIS: Penutupan sekolah disebabkan Covid-19 berisiko menyebabkan 72 juta lagi murid sekolah berdepan ancaman 'kemiskinan pembelajaran' - bermakna mereka tidak boleh membaca dan memahami teks yang mudah pada usia 10 tahun, kata Bank Dunia pada Rabu.
PUTRAJAYA, 2 DIS: Malaysia melihat kepada tahap keberkesanan, kesan sampingan dan kualiti vaksin Covid-19 yang digunakan di United Kingdom (UK) sebelum membuat sebarang keputusan tentang penggunaannya di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 1 DIS: Dato' Menteri Besar mendoakan supaya Gabenor Jakarta, Anies Baswedan sembuh daripada Covid-19.
JAKARTA, 1 DIS: Gabenor Jakarta dan timbalannya turut dijangkiti Covid-19 ketika provinsi itu terus mencatatkan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan.
JAKARTA, 29 NOV: Jangkitan Covid-19 di Indonesia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi, melepasi angka 6,000 kes sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas.
SINGAPURA, 29 NOV: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan satu daripada empat kes import yang dilaporkan semalam membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 36 tahun.
BANGKOK, 27 NOV: Wanita warga Thailand yang baru pulang dari Myanmar dan tidak menjalani kuarantin wajib adalah antara lima kes baharu positif Covid-19 di Thailand yang dilaporkan hari ini.
JAKARTA, 27 NOV: Indonesia mencatatkan 5,828 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 522,581 kes.
WASHINGTON, 26 NOV: Jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia melepasi angka 60 juta pada Rabu, lapor Agensi Anadolu menurut Johns Hopkins University.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.