TOKYO, 5 JAN: Angka kematian akibat gempa bumi di wilayah Ishikawa di tengah Jepun meningkat kepada 92 orang dengan jumlah penduduk yang tidak dapat dikesan melebihi 200 orang, empat hari selepas beberapa siri gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya.
KHAN YUNIS (Gaza), 5 JAN: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) merayu kepada masyarakat antarabangsa serta Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa untuk segera campur tangan bagi melindungi Hospital Al-Amal dan premisnya di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara Israel yang berterusan.
BANGKOK, 4 JAN: ASEAN menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan susulan gempa bumi di wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada 1 Januari.
NEW YORK, 4 JAN: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata seramai 1.9 juta orang atau hampir 85 peratus daripada jumlah penduduk Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal.
MERSIN, 4 JAN: Turkiye akan menghantar 2,334 tan bantuan kemanusiaan untuk Palestin dan kapal yang membawa bantuan itu sudah bersedia untuk belayar ke Mesir, kata pihak berkuasa pengurusan bencana negara itu pada Rabu.
TOKYO, 4 JAN: Korban akibat gempa bumi di Ishikawa Jepun meningkat kepada 78 orang setakat pagi Khamis, selepas beberapa siri gempa bumi mencecah sehingga 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya, lapor Xinhua.
JOHANNESBURG, 3 JAN: Kes genosid di Gaza yang didakwa dilakukan oleh Israel akan dibentangkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), di The Hague minggu depan, menurut seorang pegawai Kementerian Luar.
ANKARA, 2 JAN: Sekurang-kurangnya 4,119 pelajar sekolah Palestin terkorban dan 7,536 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu, menurut Kementerian Pendidikan Palestin pada Selasa.
BAITULMAQDIS, 2 JAN: Israel memutuskan untuk menghadiri pendengaran kes berkaitan “tindakan genosid di Gaza” yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Hague, Belanda, Xinhua memetik laporan laman sesawang Israel Ynet petang Isnin.
BANDARAYA GAZA, 2 JAN: Lebih kurang 10,000 pesakit barah di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan barah terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.
SEOUL, 1 JAN: Korea Selatan melaporkan tsunami kecil di bahagian Laut Timur pada Isnin, susulan gempa bumi kuat di luar pantai barat Jepun.
TOKYO, 1 JAN: Sebanyak 29 gempa bumi dengan magnitud maksimum 7.6 berlaku di wilayah Ishikawa dan Niigata di Jepun dalam tempoh dua jam pada Isnin, menurut data yang dianalisis oleh Sputnik.
TOKYO, 1 JAN: Tsunami setinggi 0.4 meter dicatatkan berhampiran loji kuasa nuklear (NPP) Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun, kata Tokyo Electric Power Company (TEPCO) pada Isnin.
TOKYO, 1 JAN: Satu siri gempa bumi kuat, dengan yang terbesar berukuran sehingga 7.6 magnitud, melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
LONDON, 1 JAN: Ratu Denmark Margrethe II mengumumkan hasrat baginda untuk turun takhta ketika ucapan Ambang Tahun Barunya pada Ahad, menurut laporan media.
ISTANBUL, 1 JAN: Operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu sudah membunuh 21,822 rakyat Palestin dan mencederakan 56,451 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza pada Ahad.
GAZA, 31 DIS: Bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin Sheikh Yousef Salama terbunuh hari ini dalam serangan udara Israel ke atas rumahnya di kem pelarian al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.
ISTANBUL, 31 DIS: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu mengulangi amaran bahawa orang awam di Gaza sedang bergelut dengan kelaparan dahsyat dan hampir separuh daripada penduduknya berdepan risiko kebuluran, lapor Agensi Anadolu.
GAZA, 30 DIS: Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu.
GAZA, 30 DIS: Tentera Israel membunuh 106 wartawan Palestin di Semenanjung Gaza dalam tempoh 84 hari sejak serangan bermula pada 7 Okt, lapor Agensi Anadolu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.