GLOBAL 31 JAN: Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii (HEMA) meletak jawatan dan seorang pegawai yang mempunyai rekod 'prestasi buruk' dipecat selepas mencetuskan panik dengan memberi amaran palsu peluru berpandu menuju ke kepulauan Pasifik itu.
RIYADH 31 JAN: Pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan semua saki-baki tahanan dari Hotel Ritz-Carlton, Riyadh yang digunakan sebagai pusat soal siasat dalam kempen membanteras rasuah, kata seorang pegawai tempatan semalam.
BARCELONA 31 JAN: Catalonia menangguhkan pemilihan presiden wilayah ini yang baharu sementara menunggu notis lanjut.
DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT GLOBAL 30 JAN: Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa kunjungannya ke Afghanistan pada Isnin sempat menjadi Imam Solat dengan Presiden Afghanistan Ashraf Ghani menjadi makmum bersama pimpinan dan kenamaan lain. Agensi Berita Indonesia DETIK.COM melaporkan dari...
GLOBAL 30 JAN: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa rakyat negara itu supaya bangkit menentang Islamofobia dan diskriminasi.
GLOBAL 30 JAN: Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan terhadap pelarian dari 11 negara 'berisiko tinggi' yang berhasrat masuk ke negara itu.
GLOBAL 29 JAN: Amerika Syarikat (AS) berhasrat membina rangkaian 5G bagi mempertingkatkan tahap keselamatan negara itu susulan tindakan China mengintip panggilan telefon.
GLOBAL 29 JAN: Bilionair yang juga pengasas syarikat perabot gergasi IKEA, Ingvar Kamprad meninggal dunia akibat sakit tua ketika berusia 91 tahun di Sweden.
GLOBAL 28 JAN: Kemarau teruk memaksa majlis perbandaran Cape Town mengehadkan penggunaan air kepada 50 liter seorang dalam sehari sambil menggesa orang ramai supaya menutup tangki air tandas dan mengehadkan mengepam tandas bagi menyimpan air.
GLOBAL 28 JAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, menegaskan pendiriannya bahawa Russia bertanggungjawab atas serangan kimia di Syria, baru-baru ini walaupun dibantah keras Moscow, lapor AFP.
GLOBAL: Sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak maut apabila wabak demam selesema kini merebak di Amerika Syarikat (AS) dan mengakibatkan paling ramai penduduknya mendapatkan rawatan sejak AS dilanda pandemik ‘selesema babi’ pada 2009, kata beberapa pegawai.
KABUL 28 JAN: Sekurang-kurangnya 95 terbunuh dan 158 lagi cedera apabila sebuah ambulans sarat dengan bahan letupan meletup di kawasan yang penuh sesak dengan orang ramai di Kabul. Agensi Berita AFP melaporkan letupan itu adalah antara yang paling kuat menggegarkan ibu kota Afghanistan tersebut...
OLEH: MOHD EZLI MASHUTGLOBAL 28 JAN: Choincheck satu daripada rangkaian pertukaran wang digital terbesar Jepun mendakwa ‘kehilangan’ kira-kira AS$534 juta (RM2.1 bilion).
KUALA LUMPUR, 25 JAN: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di rantau Komandorskiye Ostrova, Rusia, kira-kira jam 10.10 pagi ini.
RIO DE JANEIRO, 25 JAN: Kementerian Kesihatan Brazil mengesahkan jumlah kematian akibat demam kuning di tenggara negara itu meningkat kepada 53 orang, lapor agensi berita Xinhua.
BRAZIL, 24 JAN: Minas Gerais negeri kedua paling ramai penduduk di Brazil dilanda wabak demam kuning yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 25 orang ekoran penularan virus itu, sejak Disember lalu.
BANGKOK, 22 JAN: Letupan bom di sebuah pasar di wilayah Yala, selatan Thailand hari ini mengorbankan tiga nyawa dengan 18 lagi dilaporkan cedera.
GLOBAL 21 JAN: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengulangi gesaan bahawa serangan Turki ke atas bandar Afrin wilayah yang dikawal Kurdish adalah langkah yang perlu diambil bagi mengusir kumpulan militia YPG.
NEW DELHI 21 JAN: India bersama-sama Rusia membangunkan peluru berpandu supersonik BrahMos dengan jarak sasaran sejauh 800 kilometer, menurut agensi berita China memetik sumber pertahanan sebagai berkata hari ini.
WASHINGTON 21 JAN: Ulang tahun pertama pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dicemari kontroversi apabila kerajaan AS lumpuh kerana gagal mencapai kata sepakat dalam meluluskan belanjawan negara tengah malam kelmarin.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.