PORT LOUIS, MAURITIUS 18 MAC: Presiden Mauritius, Ameenah Gurib-Fakim yang diselubungi skandal kewangan akhirnya meletak jawatan semalam selepas enggan berbuat demikian beberapa hari lalu.
PRAGUE 18 MAC: Menteri Luar Czech, Martin Stropnicky semalam menafikan tuduhan Moscow bahawa agen saraf yang digunakan terhadap bekas ejen Russia dan anak perempuannya di selatan England datang dari Republik Czech.
MANILA 17 MAC: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas atas sebuah rumah di utara ibu negara Filipina hari ini, kata media dan pihak berkuasa.
OLEH SABIRAH AZIZ GLOBAL, 17 MAC: Para saintis National Aeronautics and Space Administration (NASA) memberikan amaran bahawa sebuah asteroid gergasi dijangka akan terhempas ke bumi pada tahun 2135. Asteroid gergasi diberi nama Bennu itu mempunyai saiz lima buah padang bola dengan anggaran...
ADRA 17 MAC: Puluhan orang awam terbunuh dalam serangan udara di Timur Ghouta semalam, memaksa ribuan lain melarikan diri ketika tentera rejim Syria meningkatkan serangan ke atas kubu kuat terakhir pemberontak berhampiran Damsyik.
GENEVA 17 MAC: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam melancarkan rayuan dana untuk hampir AS$1 bilion (RM3.91 bilion) bagi mengurus pelarian Rohingya di Bangladesh, sambil menekankan usaha kepulangan selamat ke Myanmar.
GLOBAL 17 MAC: Presiden Indonesia, Joko Widodo mahu Australia menjadi anggota penuh Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), isyarat bahawa beliau mahu Canberra memainkan peranan serantau lebih besar dalam bidang pertahanan, perdagangan dan hal-ehwal keselamatan.
GLOBAL 15 MAC: Britain akan mengusir 23 diplomat Rusia sebagai tindak balas terhadap serangan toksin saraf terhadap bekas perisik Rusia di selatan England, kata Perdana Menteri Theresa May pada hari Rabu.
WASHINGTON 15 MAC: Dua juruterbang dilaporkan terkorban apabila sebuah jet pejuang F/A-18F Super Hornet terhempas ke dalam laut ketika sesi latihan penerbangan di luar persisiran pantai Key West, Florida.
GLOBAL 15 MAC: Firma pengeluar permainan kanak-kanak terkemuka, Toys 'R' Us, bercadang menjual atau menutup semua kedainya di Amerika Syarikat, berpotensi menjejaskan 33,000 pekerja, lapor media semalam.
OLEH: MOHD EZLI MASHUT GLOBAL 14 MAC: Dunia kehilangan tokoh pemikir dan ahli fizik terkenal dunia apabila Stephen W. Hawking pencetus teori big bang dan berkenaan kosmos dari kerusi rodanya meninggal dunia pada usia 76 tahun. Kematian Stephen disahkan oleh jurucakap Cambridge University...
TEXAS 14 MAC: Sekumpulan guru di sini mula mempelajari teknik menggunakan pistol susulan insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi di Parkland, Florida yang mengorbankan 17 orang termasuk tiga pendidik.
GLOBAL 14 MAC: Selepas memecat Setiausaha Negara, Rex Tillerson, Presiden Donald Trump bertindak memecat Timbalan Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Steve Goldstein selepas kenyataannya berhubung pemecatan Tillerson bertentangan dengan kenyataan White House.
GLOBAL 13 MAC: Coincheck memaklumkan pada Selasa yang syarikat itu membayar balik lebih AS$440 juta (RM1.7 Bilion) kepada pelanggannya selepas sistem mereka digodam pencuri aset digital.
GLOBAL 13 MAC: Kerajaan Amerika Syarikat dan Britain senada dengan dakwaan berkemungkinan Rusia bertanggungjawab terhadap serangan ke atas bekas perisiknya, Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia di Salisbury.
LONDON 13 MAC: Pensyarah dari 65 universiti di Britain melancarkan mogok membantah rancangan pindaan bayaran pencen memasuki minggu ke empat semalam, dengan sedikit tanda kompromi.
BEIRUT 13 MAC: Lebih 350,000 orang dilaporkan terkorban sepanjang tujuh tahun krisis di Syria, menurut jumlah terbaharu dikeluarkan oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia ke Syria.
KATHMANDU 12 MAC: Sekurang-kurangnya 40 maut dan 23 cedera apabila pesawat penumpang Bangladesh terhempas berhampiran lapangan terbang ibu kota Nepal hari ini.
KATHMANDU 12 MAC: Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban apabila sebuah pesawat penumpang Bangladesh terhempas di sini hari ini, kata pihak berkuasa.
KATHMANDU 12 MAC: Sebuah pesawat penumpang terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kathmandu hari ini kata pegawai.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.