LOMBOK, Indonesia 19 OGOS: Gempa bumi berkekuatan 6.3 magnitud menggegar pulau ini, hanya beberapa minggu selepas gegaran yang mengorbankan lebih 460 orang, kata Pusat Penyelidikan Amerika Syarikat (USGS).
MEKAH 19 OGOS: Kerajaan Arab Saudi bakal memperkenalkan bilik kapsul unik di bandar Mina yang direka khas untuk memberi ruang jemaah haji berehat dan menghilangkan penat ketika lebih dua juta umat Islam berkumpul menunaikan rukun Islam kelima itu.
OLEH: MOHD EZLI MASHUT GLOBAL 19 OGOS: Sekumpulan ahi politik Pakistan, masyarakat sivil dan aktivis media sosial melancarkan kempen "Beli Lira" selama tiga hari di seluruh Pakistan dalam solidariti perpaduan dengan Turki, yang menghadapi tekanan kewangan Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS...
JEDDAH 19 OGOS: Pihak berkuasa meteorologi Arab Saudi meramalkan ribut petir disertai angin kencang melanda wilayah Jazan, Asir, Baha dan Makkah pada Ahad.
KUALA LUMPUR 19 OGOS: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dukacita atas kematian bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan.
WASHINGTON 17 OGOS: Tentera China telah meluaskan operasi pesawat pengebom milik mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini menerusi apa yang dilihat sebagai ‘latihan serangan’ terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya.
ANKARA 17 OGOS: Qatar kelmarin berjanji untuk membuat pelaburan terus sebanyak AS$15 bilion (RM61.5 bilion) di Turki yang terjejas teruk akibat krisis mata wang di tengah-tengah kebuntuan diplomatik yang semakin meruncing dengan Amerika Syarikat (AS), kata beberapa pegawai.
ATHENS 17 OGOS: Sebuah pesawat komersial Jerman membawa 250 orang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di pulau Crete semalam susulan ancaman bom.
SANTIAGO, Chile 17 OGOS: Empat pesawat terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Chile dan Peru semalam susulan ancaman bom yang diberikan terhadap Lembaga Penerbangan Awam Chile.
JAKARTA, 16 OGOS: Ketika usaha menyelamat masih dijalankan di lokasi tapak runtuhan akibat bencana gempa bumi, di Pulau Lombok Indonesia, angka kematian terus meningkat kepada 460 orang, menurut pejabat agensi pengurusan bencana nasional hari ini.
SARASOTA (FLORIDA) 16 OGOS : Kerajaan negeri mengeluarkan perintah darurat di Florida susulan fenomena alga merah terburuk sejak sedekad lalu yang menyaksikan kematian lebih 100 tan hidupan laut.
KOCHI (INDIA) 16 OGOS: Jumlah kematian akibat banjir di lokasi tumpuan pelancong di Kerala, selatan India meningkat kepada 67 selepas 25 kematian lagi dilaporkan semalam, manakala lebih 50,000 penduduk terpaksa berlindung di kem penempatan sementara.
PARIS 16 OGOS: Pemanasan global akibat buatan manusia dan peningkatan semula jadi suhu permukaan Bumi akan menyebabkan suhu dunia menjadi semakin panas dalam tempoh lima tahun, menurut kajian dikeluarkan semalam.
MANILA 16 OGOS: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menggesa China mengawal tingkah laku di Laut China Selatan dalam kritikan yang jarang dibuat ke atas kuasa besar Asia berkenaan berhubung program pembinaan pulau oleh Beijing.
GENOA 16 OGOS: Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengisytiharkan darurat selama 12 bulan di sini, hari ini susulan insiden jejambat runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.
OLEH: MOHD EZLI MASHUT GLOBAL 15 OGOS: Sejumlah warga Kuwait menunjukkan rasa solidariti terhadap ekonomi dan kewangan Turki dengan membuat keputusan bercuti di negara itu serta membeli wang Lira ditengah-tengah kemelut sekatan Amerika Syarikat. Di pejabat pertukaran wang di seluruh negara,...
NEW DELHI, 15 OGOS: Rupee India cecah paras terendah berbanding dolar US pada Selasa, ekoran kebimbangan terhadap ekonomi global disebabkan ketegangan politik antara Amerika Sayrikat dan Turki.
OLEH: MOHD EZLI MASHUT GLOBAL 15 OGOS: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada 14 Ogos (Selasa) mengumumkan negara itu sedia untuk memboikot produk elektronik Amerika Syarikat. Tindakan drastik itu adalah tindakan balas selepas Washington mengenakan sekatan dan kenaikan tarif ke atas Ankara...
FORT DRUM, Amerika Syarikat 15 OGOS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani rang undang-undang perbelanjaan pertahanan bernilai hampir AS$750 bilion (RM3 trilion) kelmarin.
SINGAPURA 15 OGOS: Harga minyak mentah susut hari ini, dipengaruhi oleh laporan peningkatan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan unjuran ekonomi yang tidak memberangsangkan menyebabkan jangkaan permintaan bahan api yang rendah.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.