MOSCOW 29 OGOS: Rusia akan menjadi tuan rumah latihan perang terbesar pernah diadakan sejak 1980-an, Vostok-2018, dengan penyertaan kira-kira 300,000 anggota tentera dan 1,000 pesawat, pada bulan depan.
WASHINGTON 29 OGOS: Amerika Syarikat (AS) akan menyambung semula latihan ketenteraan di Semenanjung Korea yang sebelum ini ditangguhkan sebagai tindakan `berniat baik’ susulan sidang kemuncak antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
BEIJING 29 OGOS: Sebuah pesawat komersil China dengan 166 penumpang dan anak kapal melakukan pendaratan cemas dengan dua tayarnya hilang di lapangan terbang Shenzhen semalam, selepas juruterbang cuba mendarat di Macau dan mengisytiharkan ‘kecemasan’, kata pihak berkuasa penerbangan.
WASHINGTON, 28 OGOS: Akur dengan tekanan untuk berkabung susulan kematian John McCain, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang.
TEHRAN 26 OGOS: Seorang maut manakala puluhan lagi cedera dalam gempa bumi kuat berukuran.
RAMALLAH 26 OGOS: Pentadbiran Presiden Donald Trump menggunakan ‘ugutan murahan’ terhadap penduduk Palestin, mendedahkan niat sebenarnya dengan memotong lebih AS$200 juta (RM818 juta) bantuan kepada Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
GLOBAL 26 OGOS: Senator Veteran Republik Amerika Syarikat (AS) dan bekas calon Presiden AS, John McCain meninggal dunia pada usia 81 tahun.
PORT MORESBY 26 OGOS: Kepulauan gunung berapi di pantai utara Papua New Guinea meletus awal semalam, memaksa 2,000 penduduk kampung berpindah untuk mengelak aliran lahar.
TEHRAN 26 OGOS: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud berlaku kira-kira 88 kilometer ke barat barat laut Kermanshah di barat Iran awal hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
ANKARA 25 OGOS: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, keazaman dan komitmen rakyat Turki adalah jaminan yang diperlukan untuk menangani serangan terhadap ekonomi negara ini.
COX’S BAZAR 25 OGOS: Ribuan pelarian Rohingya melancarkan bantahan untuk ‘keadilan’ pada ulang tahun pertama tindakan keras tentera Myanmar yang memaksa mereka melarikan diri ke kem di Bangladesh.
NEW DELHI 25 OGOS: India dan China bersetuju melanjutkan hubungan ketenteraan mereka dan memperluaskan interaksi bagi memastikan perdamaian di sempadan, kata India selepas pertemuan antara Menteri Pertahanan seteru lama itu.
JAKARTA 25 OGOS: Siri gempa bumi yang menggegarkan Pulau Lombok di Indonesia pada musim panas tahun ini membunuh seramai 555 orang dan mencederakan hampir 1,500 lain, manakala beratus-ratus ribu penduduk hilang tempat tinggal.
WASHINGTON 25 OGOS: Amerika Syarikat (AS) melaksanakan tarif tambahan berjumlah AS$16 bilion (RM65.7 bilion) terhadap barangan China semalam sekali gus mencetuskan tindak balas serupa oleh Beijing.
SAN FRANCISCO, 24 OGOS: Google menyekat saluran YouTube dan akaun lain berhubung kempen salah maklumat dikaitkan Iran, semalam.
RAMALLAH, 23 OGOS: Tawaran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam yang berhasrat memberikan ‘sesuatu yang bagus’ sebagai pertukaran mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, ditolak pemimpin Palestin.
WASHINGTON: Konflik perdangangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin meruncing mengheret pertemuan pegawai kedua negara itu buat pertama kali dalam tempoh dua bulan bagi mencari penyelesaian.
RABAT, 22 OGOS: Raja Maghribi, Raja Mohammed Vi berkenan mengampunkan seramai 188 orang yang mempunyai kaitan dengan gerakan bantahan ‘Hirak’, kata Majlis Kebangsaan Hak Asasi Manusia.
OLEH: MOHD EZLI MASHUT GLOBAL 20 OGOS: Bank pusat Qatar dan Turki menandatangani perjanjian kerjasama pertukaran mata wang di ibu negara Qatari Doha. Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS AGENCY melaporkan menurut sumber dari bank pusat Turki, langkah pertama telah diambil setelah Qatar...
MINA 20 OGOS: Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq al-Rabiah berkata tiada tanda-tanda sebarang penularan wabak penyakit berlaku ketika hampir 2 juta jemaah haji dari seluruh dunia berdepan hujan lebat sejak semalam, untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.