SYDNEY 10 SEPT: China mengambil bahagian buat kali pertama dalam latihan maritim terbesar Australia di mana lebih 3,000 anggota dari 27 negara terbabit menyertai latihan di luar pelabuhan strategik utara di Darwin.
FARGO, Amerika Syarikat (AS) 9 SEPT: Presiden AS, Donald Trump kelmarin mengancam akan mengenakan tarif ke atas kesemua barangan import China ke negara itu.
BEIJING 9 SEPT: Pengerusi dan pengasas bersama Alibaba, Jack Ma mengumumkan persaraan daripada syarikat gergasi e-Dagang itu untuk menumpukan kepada kerja-kerja kebajikan dalam bidang pendidikan.
JAKARTA 8 SEPT: Hampir lima juta penduduk di 11 wilayah di Indonesia kini menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih berikutan musim kemarau sejak akhir Julai lalu.
TOKYO 6 SEPT: Sekurang-kurangnya lapan mangsa maut apabila gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda pulau Hokkaido di utara Jepun awal pagi tadi.
LONDON 6 SEPT: Beijing mengerah sebuah kapal frigat dan dua helikopter bagi memantau pergerakan kapal perang milik tentera laut Britain, HMS Albion, yang dilaporkan berada di perairan Laut China Selatan.
RIYADH, 6 SEPT: Sekurang-kurangnya 26 cedera terkena serpihan roket dalam satu kejadian serangan pemberontak Houti di sebuah bandar selatan Arab Saudi, Najran.
TOKYO 6 SEPT: Usaha untuk mengosongkan sebuah lapangan terbang utama di Jepun giat dilakukan semalam selepas orang ramai terperangkap berikutan satu-satunya laluan masuk rosak akibat Taufan Jebi.
TOKYO 6 SEPT: Kira-kira 10 cedera, termasuk seorang parah selepas gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda pulau Hokkaido, di utara Jepun, awal pagi tadi.
PARIS 5 SEPT: Lebih daripada 1.4 bilion orang dewasa berdepan risiko tinggi menghidap penyakit membawa maut kerana tidak cukup bersenam, kata pengamal perubatan.
MOSCOW 2 SEPT: Tindakan pantas seorang angkasawan Eropah mengesan kebocoran Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan menggunakan jarinya menutup lubang tersebut berjaya mengelakkan risiko yang tidak dijangka kepada beberapa lagi rakan setugasnya di dalam stesen tersebut.
BEIRUT 2 SPET: Media rasmi Syria berkata bunyi kuat dari pangkalan udaranya awal pagi ini adalah letupan di depot simpanan senjata api berpunca dari masalah elektrik.
PARIS 1 SEPT: Kecederaan, penyakit, dan kebuluran yang disebabkan oleh konflik bersenjata di Afrika menjadi penyebab kepada kematian sehingga lima juta kanak-kanak dalam tempoh antara 1995 hingga 2015, kata sebuah kajian semalam.
GENEVA 1 SEPT: Lebih sejuta kanak-kanak Syria berhadapan risiko tinggi jika tentera kerajaan melancarkan serangan terhadap wilayah Idlib yang dikuasai kumpulan penentang, kata UNICEF semalam.
SOFIA 1 SEPT: Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borissov memecat tiga orang menteri, berhubung kemalangan sebuah bas yang mengakibatkan 17 orang maut, Sabtu lalu.
VIENNA 1 SEPT: Jerman akan menyediakan dana tambahan untuk agensi pelarian Palestin dan merayu negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain turut berbuat demikian susulan pemotongan bantuan Amerika Syarikat, kata Kementerian Luar negara itu hari ini.
WASHINGTON 30 OGOS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan di Twitter semalam bahawa peguam Rumah Putih, Don McGahn akan meletak jawatan minggu depan.
WASHINGTON 30 OGOS: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) merampas beratus-ratus senjata api, termasuk AK-47, dari sebuah bot yang tidak dikenali di Teluk Aden, kata seorang pegawai pertahanan AS semalam.
YANGON 29 OGOS: Sebuah empangan pecah di tengah Myanmar hari ini menyebabkan bandar berhampiran, dua perkampungan serta sebatang lebuh raya menghubungkan tiga bandar terpenting negara itu, ditenggelami air, kata jabatan bomba di Facebook.
OLEH: MOHD EZLI MASHUT GLOBAL 29 OGOS: Satu gempa besar pada kekuatan magnitud 7.1 menggegarkan wilayah kepulauan New Caledonia, Samudra Pasifik sebelah timur Australia. Badan Penyelidikan dan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mencatat, kekuatan gempa kuat itu berkaku oada 03.51.56 waktu dunia...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.