SINGAPURA, 19 SEPT: Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) memberi amaran kepada orang ramai berkenaan laman sesawang palsu bagi menarik pelaburan dalam Bitcoin menggunakan komen palsu daripada Pengerusinya, Tharman Shanmugaratnam.
NEW YORK, 19 SEPT: Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengalu-alukan usaha Russia dan Turki untuk mewujudkan zon bebas tentera di Wilayah Idlib, Syria.
BUENOS AIRES, 18 SEPT: Bekas Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner didakwa mengamalkan rasuah semasa pentadbirannya, lapor agensi berita China Xinhua.
OLEH: MOHD EZLI MASHUT GLOBAL 17 SEPT: Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mendakwa Ukraine disebalik tragedi pesawat Malaysian Airlines (MAS) jenis Boeing 777 MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 lalu. Agensi Berita Rusia RT NEWS melaporkan dalam sidang media Kementerian Pertahanan...
TOKYO 17 SEPT: Jepun melakukan latihan taktikal perang membabitkan kapal selam buat kali pertama di Laut China Selatan, lapor akhbar hari ini.
SAN FRANCISCO 17 SEPT: Syarikat perdagangan elektronik terkemuka, Amazon, menyiasat dakwaan sebahagian kakitangannya menjual data sulit pelanggan kepada syarikat ketiga terutama di China.
NEW BERN, Amerika Syarikat 17 SEPT: Penduduk yang terjejas sehingga kehilangan tempat tinggal akibat Taufan Florence masih belum boleh menarik nafas lega biarpun ribut tersebut sudah reda.
HONG KONG 17 SEPT: Taufan Super Mangkhut melintasi Hong Kong dan bergerak ke China semalam selepas mendatangkan kemusnahan besar serta meragut sekurang-kurangnya 49 nyawa di Filipina.
SYDNEY 17 SEPT: Sebuah negeri di Australia menawarkan ganjaran lumayan untuk maklumat selepas sejumlah jarum peniti ditemui di dalam buah strawberi yang dijual di beberapa pasar raya dalam insiden yang disifatkan sebagai ‘jenayah kejam’.
BEIJING 16 SEPT: China hari ini menuduh agensi perisikan Taiwan mempertingkat usaha mencuri maklumat risikan bertujuan terus merisik dan mensabotaj negara itu.
PUTRAJAYA 16 SEPT: Tiada rakyat Malaysia cedera akibat taufan super Mangkhut yang melanda beberapa kawasan di Filipina semalam dan hari ini.
WILSON 16 SEPT: Ribut Tropika Florence menyebabkan jumlah hujan yang dianggap ‘epik’ turun di Carolina Utara dan Carolina Selatan semalam, mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.
SHANGHAI 16 SEPT: China tidak akan tunduk kepada tuntutan Amerika Syarikat (AS) dalam mana-mana rundingan perniagaan, demikian menurut akhbar tempatan China Daily dalam satu ruangan editorialnya.
DAMSYIK 16 SEPT: Serangan peluru berpandu Israel yang mensasarkan lapangan terbang di ibu kota Syria lewat semalam mengaktifkan pertahanan udara yang menembak jatuh beberapa roket berkenaan, lapor agensi berita SANA.
TUGUEGARAO, Filipina 16 SEPT: Taufan Super Mangkhut yang merupakan ribut terbesar tahun ini membadai Filipina semalam menyebabkan empat menjadi korban pertama, manakala seorang mati lemas di Taiwan.
NEW YORK, 14 SEPT: Model ikonik Beetle keluaran Volkswagen tidak lagi dikeluarkan pada tahun hadapan.
CANBERRA, 13 SEPT: Tingkah laku "jelik" dan "sikap suka melemahkan serta mematahkan semangat" yang berleluasa di parlimen Australia mendapat perhatian ahli politik Julia Banks, lapor agensi berita China Xinhua.
WASHINGTON, 12 SEPT: Taufan Florence dijangka membadai persisir pantai timur Amerika Syarikat dengan membawa hujan lebat sekali gus mengundang ancaman banjir di ibu negara itu.
BRAZIL, 11 SEPT: Sekurang-kurangnya lebih 100 banduan di Penjara Romeu Goncalves Abrantes melarikan diri susulan serangan sekumpulan lelaki bersenjata semalam, kata pihak berkuasa.
CHINA, 11 SEPT: Pengasas dan pengerusi, Alibaba Group Holding Ltd, Jack Ma, bakal melepaskan jawatannya di firma perdagangan elektronik terbesar itu, pada 10 September tahun depan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.