SINGAPURA 4 NOV: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) yang baharu dibeli dan melakukan penerbangan sulung dari Los Angeles ke Singapura tanpa henti terpaksa berpatah balik selepas menghadapi masalah bacaan meter minyak enjin.
JAKARTA, 3 NOV: Operasi pencarian bangkai pesawat dan sebahagian lagi kotak hitam pesawat Lion Air kini turut mengorbankan seorang penyelam awam, yang dilaporkan mengalami "decompression sickness".
ANKARA 3 NOV: Mayat wartawan Jamal Khashoggi didakwa ‘dilupuskan’ dengan menggunakan asid selepas beliau dibunuh dan dikerat di konsulat Arab Saudi di Istanbul, sebulan lalu, menurut penasihat kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam.
JAKARTA 2 NOV: Juruterbang pesawat Lion Air dari Bali menghantar isyarat amaran beberapa minit sejurus berlepas disebabkan masalah teknikal tetapi ia berjaya diatasi dan beliau meneruskan penerbangan ke Jakarta.
WASHINGTON 2 NOV: Presiden Donald Trump membenarkan anggota tentera negara ini yang ditempatkan di sempadan Mexico menembak pendatang Amerika Tengah yang membaling batu ke arah mereka semasa mereka cuba menyeberangi sempadan secara haram.
CHICAGO, Illinois 2 NOV: Pengundi-pengundi Amerika Syarikat (AS) bersedia memilih dua wanita Islam untuk menduduki kerusi Kongres dalam pilihan raya separuh penggal pada minggu hadapan sekali gus membuka lembaran sejarah baharu ketika retorik anti-Islam dan antiimigran semakin meningkat di AS.
WASHINGTON, 1 NOV: Ribuan tentera Amerika Syarikat (AS) dikerahkan segera ke sempadan AS-Mexico sebagai tambahan kepada pengawal sempadan sedia ada untuk mengetatkan lagi kawalan keselamatan.
JAKARTA, 1 NOV: Kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas, pada Isnin lalu dilaporkan ditemui di perairan Tanjung Karawang, pagi ini.
LA PAZ, 31 OKT: Mulai 30 Oktober, Bolivia sebuah negara tidak berpantai memperolehi semula kebenaran menggunakan laluan di Laut Atlantik melalui Terusan Tamengo.
JAKARTA, 31 OKT: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang pada Isnin, hari ini mengesan satu objek dipercayai bangkai pesawat itu.
JAKARTA 31 OKT: Bangkai pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Tanjung Karawang kemungkinan telah ditemukan, kata Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto.
SINGAPURA/JAKARTA 30 OKT: Pesawat Boeing 737 MAX milik Lion Air yang terhempas di Indonesia pagi semalam terbang dalam keadaan terhuyung-hayang ketika penerbangan malam sebelumnya apabila ia mengalami masalah teknikal, menurut data daripada laman web pengesan penerbangan FlightRadar24.
MANILA 30 OKT: Taufan Yutu yang memusnahkan sebahagian daripada kawasan kepulauan Pasifik Barat sebelum ini mula melanda Filipina hari ini membawa bersama angin kuat dan hujan yang dijangka menyebabkan banjir serta tanah runtuh di kawasan wilayah utara negara itu.
JAKARTA 30 OKT: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menemui beberapa lagi mayat di lokasi pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut dan mengorbankan semua 189 penumpang serta anak kapal.
NEW DELHI, 29 OKT: Tiga maut dirempuh sebuah kereta api ekspres Bikaner-Delhi di New Delhi, hari ini, lapor agensi berita Xinhua.
JAKARTA, 29 OKT: Pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Karawang adalah pesawat baharu yang memulakan operasi penerbangan, pada 15 Ogos lalu.
JAKARTA, 29 OKT: Pihak berkuasa Indonesia kini melakukan operasi mencari pesawat Lion Air yang dilaporkan terhempas di perairan Karawang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, pada jam 6.20 pagi tadi.
JAKARTA, 29 OKT: Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan pesawat Lion Air terhempas di perairan Karawang, Jakarta Utara, hari ini.
KINSHASA 28 OKT: Wabak Ebola yang melanda timur Republik Demokratik Congo (Congo) dilaporkan sudah meragut nyawa 164 mangsa.
MANAMA 27 OKT: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin Arab hari ini bahawa pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi dalam kedutaan di Istanbul ‘mesti diambil peduli semua pihak’.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.