MAKKAH, 1 JUN: Bekas Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Ibrahim Abdullah dilantik sebagai Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kepada Proses Damai di Selatan Filipina.
SINGAPURA, 1 JUN: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu meluangkan masa menziarah jenazah Allahyarham Ani Yudhoyono, isteri bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, di Kedutaan Besar Indonesia di Singapura.
KUALA LUMPUR, 1 JUN: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pukul 5.45 petang ini.
KUALA LUMPUR, 1 JUN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas wanita pertama Indonesia, Ani Yudhoyono, yang meninggal dunia hari ini.
BEIJING, 1 JUN: China akan mengeluarkan kertas putih mengenai pendiriannya berhubung rundingan ekonomi dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan pada pagi esok.
RIO DE JANEIRO, 1 JUN: Satu siri undang-undang mewujudkan ruang khas yang bebas asap rokok, menyumbang kepada pengurangan sebanyak 15,000 dalam jumlah kematian kanak-kanak di Brazil dari 2000 hingga 2016.
MAKKAH, 1 JUN: Sesi ke-14 Persidangan Kemuncak Islam (Kemuncak OIC) berakhir dengan para pemimpin menggariskan solidariti Palestin sebagai isu penting kepada negara-negara Islam.
MAKKAH, 1 Jun: Penjaga Dua Kota Suci Islam, Raja Salman Abdulaziz al Saud mahu melaksanakan penstrukturan semula terhadap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya mampu menangani cabaran serantau dan antarabangsa yang dihadapi umat Islam ketika ini.
BANGKOK, 31 Mei : Polis Thai merampas 500kg dadah ‘ice’ yang disembunyikan di dalam bonet sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan menahan seorang rakyat tempatan dalam serbuan di sebuah pusat pemeriksaan di lebuh raya dalam daerah Saimai di Bangkok pada Rabu.
PORT MORESBY, 30 MEI: James Marape dilantik sebagai perdana menteri baharu Papua New Guinea (PNG) pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.
MAKKAH, 30 MEI: Kerajaan Arab Saudi akan membuat kajian menyeluruh berhubung permohonan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini, kata Menteri Haji dan Umrahnya, Muhammad Saleh bin Taher Benten.
MAKKAH, 30 MEI: Arab Saudi terus menyemai nilai sederhana dalam Islam sambil berusaha membangunkan perkhidmatan berkualiti untuk jemaah bagi memastikan mereka dapat mengerjakan ibadah dengan lancar dan sempurna, kata Imam Besar Masjidil Haram Syeikh Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais.
JAKARTA, 29 MEI: Bakal Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar bertekad memperhebatkan hubungan Malaysia dan Indonesia, demi kepentingan kemakmuran bersama.
TOKYO, 29 MEI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda hari ini untuk lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-25 Mengenai Masa Depan Asia, atau Persidangan Nikkei.
BANGKOK, 29 MEI: Rakyat Thailand kerugian 162.2 juta baht (100 baht=RM13.2) oleh kegiatan penipuan ‘kekasih siber’ sejak Jun tahun lepas.
KAHERAH, 29 MEI: Tentera Mesir mengecam laporan Human Rights Watch yang menuduh tentera negara itu melanggar hak asasi manusia semasa menjalankan operasi anti-keganasan di utara wilayah Sinai, lapor agensi berita Xinhua.
TOKYO, 28 MEI: Seorang murid sekolah rendah dan lelaki berusia 30-an maut akibat ditikam dalam satu kejadian di Tokyo pada Selasa pagi.
KHARTOUM, 28 MEI: Majlis Peralihan Tentera Sudan (TMC) pada Isnin berkata, pihaknya bersedia andai pilihan raya diadakan lebih awal dalam tempoh tiga bulan, kata Timbalan Pengerusinya, Mohamed Hamdan Daqlu.
RAMALLAH, 28 MEI: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan pelan damai "perjanjian abad ini" yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS) dan bengkel ekonomi di Bahrain pada bulan depan, sekadar "menjual ilusi", lapor agensi berita Xinhua.
RIO DE JANEIRO, 28 MEI: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah bar, lapor agensi berita Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan pada Isnin.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.