BANGKOK, 22 JUN: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di sini yang dipengerusikan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha.
BANGKOK, 22 JUN: Malaysia bertekad untuk memastikan ‘perdagangan bebas dan adil’ menjadi sebahagian daripada agenda Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
BANGKOK, 22 JUN: Malaysia mahukan supaya pelan penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya ke Myanmar dibuat secara komprehensif bagi menjamin keselamatan mereka, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
BANGKOK, 22 JUN: Malaysia mahu negara anggota Asean bersatu dalam penggubalan Kod Tata Laku (COC) agar pertikaian Laut China Selatan dapat diselesaikan secara aman, kata Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah.
BANGKOK, 21 JUN: Thailand, selaku Pengerusi ASEAN memberi jaminan sidang kemuncak tahunan yang mengumpulkan 10 pemimpin negara anggota kumpulan serantau itu akan berjalan dengan lancar.
YANGON, 20 Jun : Tiga orang maut akibat virus selesema H1N1 setakat ini di wilayah Yangon, Myanmar, kata Dr Thar Tun Kyaw, seorang pegawai Kementerian Kesihatan dan Sukan kepada agensi berita China Xinhua pada Rabu.
BANGKOK, 20 Jun: Penggemar makanan berpeluang menikmati keenakan makanan jalanan Malaysia di pusat membeli belah Central World di Bangkok, Thailand bermula hari ini.
BEIRUT, 20 JUN: Utusan khas Presiden Rusia Vladimir Putin bagi Syria pada Rabu berkata masanya telah tiba untuk semua pihak yang terlibat dalam konflik Syria membenarkan penyelesaian politik bagi menghentikan krisis itu, lapor agensi berita Turki Anadolu.
SATUN, 19 JUN: Pihak berkuasa Thailand mengesahkan kesemua 65 etnik Rohingya yang terkandas di Pulau Rawi di perairan Satun, selatan Thailand pada 11 Jun lalu adalah mangsa pemerdagangan manusia.
BANGKOK, 19 JUN: Isu serantau dan antarabangsa yang memberi kesan kepada negara-negara anggota ASEAN akan dibincangkan pemimpin-pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Bangkok, dalam usaha mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik serantau.
KUALA LUMPUR, 19 JUN: Jepun menarik semula amaran tsunami awal hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan negara itu semalam, lapor AFP.
CHENGDU, 18 JUN: Sebanyak 11 orang dilaporkan maut manakala 122 lagi cedera selepas gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda Wilayah Sichuan yang terletak di barat daya China pada Isnin malam, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan kerajaan bandar Yibin pada Selasa.
WELLINGTON, 18 JUN: Seorang lelaki rakyat New Zealand yang mengaku mengedar semula video penstriman langsung serangan ganas Christchurch dihukum penjara 21 bulan pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.
LONDON, 17 Jun : Malaysia mencari pelaburan dalam sektor teknologi tinggi seiring dengan matlamat negara untuk menyediakan pendapatan tinggi kepada rakyat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. “Ini keperluan kita pada masa sekarang...rakyat Malaysia kini lebih...
RAMALLAH, 17 JUN: Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Ahad berkata beliau bersedia sepenuhnya untuk mengadakan pilihan raya legislatif dan kemudian pilihan raya presiden di wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis.
RAMALLAH, 17 JUN: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Ishtaye pada Ahad menuduh pentadbiran Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu peperangan dari segi kewangan dan politik terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA), lapor agensi berita China Xinhua.
LONDON, 17 JUN: Beratus-ratus tetamu memeriahkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang diadakan di kediaman Pesuruhjaya Tinggi di Templewood Gardens, di sini.
LONDON, 16 JUN: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin merupakan satu-satunya pemimpin yang diberi penghormatan untuk bercakap pada kedua-dua forum Kesatuan Oxford dan Kesatuan Cambridge, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Sadiq Abdul Rahman.
LONDON, 16 JUN: Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu melawat Galeri Dunia Islam Yayasan Al Bukhary di British Museum di Bloomsbury, di sini.
ABU DHABI, 16 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengakhiri lawatan khas tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat yang memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara Teluk Arab itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.