SAN FRANCISCO, 30 SEPT: Ribuan pelajar sekolah awam di Washington, Amerika Syarikat tidak dibenarkan ke sekolah jika tidak mengambil suntikan vaksin, lapor agensi berita Xinhua.
PUTRAJAYA, 30 SEPT: Wisma Putra mengesahkan tiada laporan berhubung rakyat Malaysia yang terjejas ekoran gempa bumi di Jose Abad Santos, selatan Filipina, semalam.
JAKARTA, 30 SEPT: Pelajar Malaysia di Riau, Sumatera yang dipindahkan ke Jakarta akibat jerebu baru-baru ini, kembali ke provinsi itu hari ini berikutan keadaan jerebu telah kembali pulih.
BANGKOK, 29 SEPT: Seramai 17 pelajar kolej terbunuh dan seorang pemandu mengalami kecederaan serius selepas sebuah trak pikap yang membawa muatan berlebihan terbabas sebelum terbalik di King Kaew Road, Bang Phli, Wilayah Samut Prakan, di sini, awal pagi ini.
NEW YORK, 28 SEPT: Menteri Luar China, Wang Yi berkata, negaranya komited mengelak pertikaian, tidak mencetuskan konfrontasi, saling menghormati dan situasi menang-menang dengan Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.
NEW YORK, 28 SEPT: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sudah tiba masanya untuk kuasa veto diubah suai jika pun ia tidak dapat dimansuhkan sepenuhnya serta menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kembali kepada tujuan asal penubuhannya.
SEOUL, 27 SEPT: Lebih 2,700 orang ditahan pada tahun lalu kerana melakukan jenayah terhadap ibu dan bapa atau datuk dan nenek, menurut data polis pada Jumaat, lapor agensi berita Yonhap.
PUTRAJAYA, 27 SEPT: Tiada warga Malaysia dilaporkan terkesan ekora gempa bumi yang melanda Kota Ambon, Maluku, Indonesia pagi semalam.
JAKARTA, 27 SEPT: Sebanyak 264 gempa susulan (bermagnitud bawah 5 Skala Richter) dicatatkan di Maluku Tengah sehingga jam 12 tengah hari ini (waktu Indonesia Timur).
RIYADH, 27 SEPT: Arab Saudi akan memperkenalkan visa baharu bagi membuka pintu kepada pelancong, yang akan diumumkan pada majlis gala di Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di ad-Diriyah, di sini, malam ini.
NEW YORK, 27 SEPT: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia mengambil komitmen terhadap pemuliharaan secara serius dan bangga menjadi penandatangan kepada senarai penuh perjanjian global mengenai pemuliharaan, hidupan liar, perhutanan dan alam sekitar.
JAKARTA, 26 SEPT: Enam orang terbunuh dan puluhan lagi cedera ekoran gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda wilayah timur Maluku di Indonesia, hari ini.
NEW YORK, 26 SEPT: Malaysia dan Pakistan akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama dalam usaha memperkemaskan lagi peluang perdagangan dan pelaburan di kedua-dua negara.
NEW YORK, 26 SEPT: Malaysia sedang berusaha menyeimbangkan antara mencapai matlamat pembangunan lestari (SDGs) dan menangani keperluan rakyatnya.
NEW YORK, 26 SEPT: Ancaman terbesar kepada multilateralisme adalah unilateralisme yang berlaku apabila negara-negera berkuasa memilih untuk melakukan perkara mengikut cara mereka sendiri, kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Ekonomi dunia dijangka bertambah buruk, dengan petunjuk kemelesetan pada 2020 kini semakin jelas, menurut Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD).
NEW YORK, 26 SEPT: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sistem antarabangsa ketika ini wujud dalam keadaan di mana tiada apa yang dapat dilakukan dunia bagi memaksa Indonesia menangani kebakaran hutan yang berleluasa yang mengakibatkan fenomena jerebu di kawasan tertentu di Asia Tenggara.
BANGKOK, 25 SEPT: Polis Thailand menemui kira-kira 466 kilogram (kg) dadah dalam bentuk kristal methamphetamine atau syabu yang dibungkus dalam paket-paket teh, selepas trak yang membawanya terbalik dalam satu kemalangan di Phetchaburi, bahagian tengah Thailand, Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah hari ini meminta warganegara Malaysia di Mesir supaya terus berwaspada dan mengambil perhatian terhadap situasi keselamatan semasa negara itu susulan tunjuk perasaan jalanan Jumaat lepas.
SINGAPURA, 24 SEPT: Amerika Syarikat (AS) mendapat hak melanjutkan penggunaan kemudahan ketenteraan di Singapura selama 15 tahun lagi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.