WUHAN, 7 FEB: Dua hospital di Wuhan menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk membimbing pesakit dan menyahjangkit kawasan kuarantin bagi mengurangkan infeksi silang, lapor agensi berita Xinhua.
SHAH ALAM, 7 FEB: Jumlah kematian di China susulan wabak koronavirus 2019 meningkat kepada 636 orang, dengan kes jangkitan melonjak melebihi 31,000.
BANGKOK, 7 FEB: Negara anggota ASEAN perlu berkongsi maklumat selain meningkatkan jalinan kerjasama bagi membendung penularan koronavirus 2019 di rantau ini, kata Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha semalam.
WUHAN, 6 FEB: Sebuah pusat pameran di Wuhan yang diubah suai menjadi hospital sementara untuk merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus 2019 memulakan operasinya pada Rabu lalu lapor agensi berita Xinhua.
SHAH ALAM, 6 FEB: Jumlah kematian akibat wabak koronavirus 2019 di China melonjak kepada 563 setakat ini, dengan 73 kematian baharu dilaporkan hari ini.
WUHAN, 5 FEB: China pada Isnin melancarkan program penyelidikan klinikal untuk menilai keberkesanan perubatan tradisional Cina (TCM) yang digabungkan dengan perubatan Barat dalam mencegah dan merawat penyakit radang paru-paru yang disebabkan oleh koronavirus 2019 lapor agensi berita Xinhua.
GENEVA, 5 FEB: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mengatakan koronavirus 2019 belum menjadi pandemik, justeru memerangi penularan "khabar angin atau maklumat palsu" kini menjadi sangat penting, lapor agensi berita Xinhua.
SHAH ALAM, 5 FEB: Jumlah kematian yang disahkan susulan wabak koronavirus 2019 meningkat kepada 490 orang, selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 65 kematian baharu hari ini.
BANGKOK, 4 FEB: Thailand hari ini mengesahkan enam kes baharu novel Koronavirus 2019 menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti di negara itu setakat ini ialah 25, termasuk seorang dalam keadaan kritikal.
BEIJING, 4 FEB: Lebih ramai pesakit di China yang dijangkiti koronavirus 2019 telah pulih dan dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Xinhua.
BEIJING, 4 FEB: Jumlah kematian susulan wabak koronavirus 2019 meningkat kepada 425, selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 64 kematian baharu hari ini.
BEIJING, 3 FEB: Jumlah kematian di China akibat wabak koronavirus 2019 meningkat kepada 361 orang, lapor agensi berita Anadolu memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) pada Isnin.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Lebih 2,000 lagi kes disahkan koronavirus 2019 dilaporkan pada Ahad di China.
JAKARTA, 2 FEB: Indonesia hari ini membawa pulang 238 warganya dari wilayah Hubei, China, dan menempatkan mereka di Pulau Natuna bagi menjalani proses kuarantin selama 14 hari.
WUHAN, 2 FEB: Angka korban akibat koronavirus 2019 di China meningkat kepada 304 orang, dengan 45 kematian baharu dilaporkan berlaku di Wilayah Hubei.
SINGAPURA, 1 FEB: Seorang wanita rakyat Singapura berusia 47 tahun yang dibawa pulang dari Wuhan, China, adalah salah seorang daripada tiga kes import baharu jangkitan koronavirus 2019 di republik ini.
BEIJING, 31 JAN: Jumlah kematian akibat wabak koronavirus 2019 di China meningkat kepada 213 dengan 9,692 kes dilaporkan di negara itu setakat semalam, menurut Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Hubei.
SINGAPURA, 31 JAN: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan tambahan tiga kes import jangkitan koronavirus 2019, menjadikan jumlahnya di sini menjangkau 13 kes.
WUHAN, 30 JAN: Jumlah kematian yang disahkan akibat wabak koronavirus 2019 meningkat kepada 170 orang, ketika wilayah Hubei yang terkesan teruk melaporkan 38 kematian baharu.
SINGAPURA, 30 JAN: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan tiga lagi kes import jangkitan koronavirus Wuhan di negara itu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 10 kes.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.