ISTANBUL 23 FEB: Sidang kemuncak membincangkan konflik di Syria anjuran Turki bersama pemimpin Russia, Perancis dan Jerman diadakan pada 5 Mac ini. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, bagaimanapun tidak menjelaskan lokasi penganjuran sidang kemuncak berkenaan, lapor AFP. Walaupun lokasi...
SINGAPURA, 21 FEB: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan satu lagi kes jangkitan Covid-19 di negara itu, melibatkan seorang pelajar di Institut Teknologi Singapura.
BEIJING, 21 FEB: Jumlah yang dijangkiti Covid-19 di seluruh China kini seramai 75,465 orang, dengan kematian membabitkan 2,236 pesakit, lapor agensi berita Sputnik memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Jumaat.
VIENTIANE, 21 FEB: Penularan wabak Covid-19 yang telah meragut sejumlah 2,188 nyawa dan mencetuskan panik di seluruh dunia, boleh dikawal dan diubati, kata Menteri Luar China Wang Yi.
SINGAPURA, 20 FEB: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan satu lagi kes jangkitan Covid-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini meningkat ke 85.
VIENTIANE, 20 FEB: Malaysia dan Singapura akan mempertingkatkan kerjasama di Tambak Johor yang mempunyai pergerakan manusia dan kenderaan yang tinggi, dalam usaha menangani penularan jangkitan Covid-19.
VIENTIANE, 20 FEB: ASEAN dan China komited dalam mengurangkan kesan penularan jangkitan Covid-19 terhadap pembangunan ekonomi dan sosial di semua negara terjejas, demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China mengenai Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) di sini hari ini.
BEIJING, 20 FEB: Jumlah orang yang dijangkiti Covid-19 di seluruh tanah besar China, mencecah 74,576, dengan 2,118 pesakit meninggal dunia, lapor agensi berita Sputnik memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Khamis.
KUALA LUMPUR, 20 FEB: Menteri Pertahanan Asean komited untuk saling bekerjasama dalam mengendalikan jangkitan Covid-19 yang telah menjejaskan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi serta keselamatan dan kestabilan serantau.
SINGAPURA, 19 FEB: Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan tiga lagi kes baharu Covid-19 dicatatkan di republik itu, menjadikan jumlah kes yang positif kepada 84.
BEIJING, 19 FEB: Buat pertama kali China mencatatkan bilangan pesakit Covid-19 yang pulih mengatasi jumlah kes baharu, memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara, lapor agensi berita Xinhua.
SINGAPURA, 19 FEB: Facebook pada Selasa menyekat akses akaun States Times Review (STR) kepada pengguna Singapura, didakwa menyiarkan berita tidak benar mengenai beberapa isu termasuk berkaitan koronavirus 2019 (Covid-19), lapor agensi berita Vietnam (VNA).
BEIJING, 19 FEB: Angka korban akibat koronavirus 2019 (Covid-19) di China meningkat kepada 2,005 orang, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Rabu.
SHAH ALAM, 18 FEB: Jumlah kematian akibat Covid-19 di China melonjak kepada 1,868 orang setakat ini, selepas 93 orang lagi meninggal dunia di wilayah Hubei dan 72 di Wuhan.
SINGAPURA, 18 FEB: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan dua lagi kes positif jangkitan Covid-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 77.
TAIPEI, 17 FEB: Medigen Vaccine Biologics Corp (MVC), berpangkalan di Taiwan pada Isnin mengumumkan kerjasama dengan Institut Kesihatan Negara (NIH) Amerika Syarikat untuk membangunkan vaksin COVID-19, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
SHAH ALAM, 17 FEB: Angka korban susulan Covid-19 di China meningkat kepada 1,765 orang hari ini, selepas wilayah Hubei melaporkan 1,933 kes baharu dan 100 kematian tambahan.
SINGAPURA, 17 FEB: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan tiga lagi kes positif jangkitan Covid-19 di negara itu, menjadikan jumlahnya kini 75.
SHAH ALAM, 16 FEB: Jumlah kematian akibat Covid-19 di China melonjak kepada 1,665 orang hari ini selepas 142 nyawa lagi dilaporkan terkorban.
SINGAPURA, 16 FEB: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan lima lagi kes jangkitan Covid-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 72.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.