AMSTERDAM, 7 MAC: Hampir enam tahun selepas pesawat MH17 Malaysia Airlines berkecai di ruang udara timur Ukraine, prosiding jenayah terhadap empat lelaki yang didakwa menembak jatuh pesawat itu akhirnya akan bermula di sini pada Isnin.
BEIJING, 7 MAC: Dagangan luar negara barangan China merudum sebanyak 11 peratus untuk dua bulan pertama tahun ini kepada AS$592 bilion ekoran gangguan penularan wabak Covid-19, lapor Xinhua memetik perangkaan pada Sabtu.
NEW YORK, 7 MAC: Harga minyak mentah dunia merudum ke paras terendah pada Jumaat selepas perjanjian antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara sekutu diketuai Rusia, menemui jalan buntu, lapor agensi berita Xinhua.
SEOUL, 7 MAC: Korea Selatan pada Sabtu melaporkan 483 lagi kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan sebanyak 6,767, menyaksikan kes paling banyak dilaporkan di bandar tenggara Daegu dan wilayah Gyeongsang Utara, lapor agensi berita Yonhap.
BANGKOK, 7 MAC: Thailand pada Jumaat menjelaskan bahawa negara itu tidak mewajibkan kuarantin ke atas pelawat dari empat negara dan dua wilayah yang ditakrifkan sebagai Zon Wabak Penyakit COVID-19.
SINGAPURA, 7 MAC: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) pada Jumaat melaporkan 13 lagi kes baharu jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah kes positif di republik itu kepada 130.
SHAH ALAM, 6 MAC: Bank Pusat Korea Selatan melakukan pengasingan wang kertas selama dua minggu dengan sebahagiannya dibakar bagi menghapuskan sebarang kesan wabak Covid-19.
SHAH ALAM, 6 MAC: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi amaran terlalu banyak negara tidak serius memerangi penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.
RIYADH, 5 MAC: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pada Rabu mengumumkan menggantung sementara Umrah untuk rakyat dan penduduk tetap di negara itu sebagai langkah pencegahan terhadap wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
SHAH ALAM, 5 MAC: Jumlah kematian akibat Covid-19 di China mencecah 3,012 orang setakat Rabu dengan 139 kes baharu disahkan, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara.
BANGKOK, 5 MAC: Thailand hari ini mengumumkan kuarantin selama 14 hari bagi semua warganegaranya yang pulang dari Daegu, pusat penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan dan wilayah Gyeongsang yang berdekatan dengan kawasan itu.
SHAH ALAM, 4 MAC: China melaporkan 38 kematian lagi susulan Covid-19 hari ini dengan 119 kes baharu disahkan pada Selasa, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara.
BANGKOK, 3 MAC: Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia dan isterinya warga tempatan kerana didakwa terbabit dalam kes penipuan melalui panggilan telefon, membabitkan jutaan baht.
SHAH ALAM, 3 MAC: China merekodkan 125 kes jangkitan Covid-19 sehingga semalam, turun berbanding 202 kes yang direkodkan kelmarin, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.
RIYADH, 2 MAC: Panik dan ketakutan terhadap Covid-19 tidak hanya memberi kesan kepada ekonomi tetapi mungkin juga akan memberi implikasi terhadap politik dan sosial di seluruh dunia, menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
SINGAPURA, 1 MAC: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan empat lagi kes jangkitan Covid-19 dengan dua daripadanya membabitkan warga Myanmar dan Jepun, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan 106 kes 19 di republik itu.
MELBOURNE, 1 MAC: Australia mengesahkan negara itu mencatat kes kematian pertama akibat COVID-19, kata ketua pegawai kesihatan Andrew Robertson lapor agensi berita Anadolu.
BANGKOK, 1 MAC: Thailand mengistiharkan Covid-19 sebagai satu penyakit berjangkit berbahaya dan memberikan kuasa yang lebih kepada pihak berkuasa untuk memerangi dan mengawal penularan virus tersebut dengan lebih berkesan.
SINGAPURA, 1 MAC: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) semalam mengesahkan empat lagi kes jangkitan virus Covid-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 102.
BEIJING, 29 FEB: Pihak berkuasa kesihatan pada Sabtu menerima laporan sejumlah 427 kes baharu dan 47 kematian berkaitan wabak COVID-19 di China, lapor agensi berita Xinhua.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.