MANCHESTER, 12 MAC: Ketika Itali bergelut untuk membendung penularan Covid-19, Kedutaan Malaysia di Rom menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas berikutan langkah 'pengasingan' di dalam bandar yang mereka diami.
WASHINGTON, 12 MAC: Amerika Syarikat (AS) akan mengehadkan semua perjalanan dari negara Eropah kecuali United Kingdom (UK), bermula tengah malam Jumaat untuk membendung penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.
GENEVA, 12 MAC: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik susulan penularan wabak tersebut semakin membimbangkan.
SINGAPURA, 12 MAC: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada Rabu melaporkan 12 lagi jangkitan virus Covid-19 dengan lapan daripadanya adalah kes import.
JAKARTA, 11 MAC: Seorang wanita berusia 53 tahun meninggal dunia akibat Covid-19 di Indonesia, kematian pertama direkodkan di Asia Tenggara, kata seorang pegawai kementerian kesihatan republik itu hari ini.
MOSCOW, 11 MAC: Rusia boleh meningkatkan pengeluaran minyak antara 200,000-300,000 tong sehari (bpd) untuk jangka pendek dan sehingga 500,000 bpd pada masa depan bagi menangani kejatuhan berlarutan harga minyak.
SINGAPURA, 11 MAC: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada Selasa mengesahkan enam lagi kes positif jangkitan Covid-19 di republik itu dengan tiga daripadanya adalah daripada kluster yang membabitkan majlis makan malam persendirian di SAFRA Jurong pada 15 Februari.
SINGAPURA, 10 MAC: Singapura mula mengenakan caj rawatan ke atas warga asing yang dijangkiti Covid-19 selepas mengesan tiga lagi jangkitan baharu termasuk dua membabitkan rakyat Indonesia.
WASHINGTON, 10 MAC: Anggota Kongres Matt Gaetz, Doug Collins dan Julia Brownley mengkuarantin diri mereka selepas berhubung dengan individu yang disahkan dijangkiti virus Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.
KUALA LUMPUR, 10 MAC: Moody’s Analytics mengunjurkan harga minyak rendah sepanjang 2020 selepas kegagalan perjanjian mengurangkan pengeluaran antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan Arab Saudi dan Rusia yang menyebabkan harga jatuh menjunam, penurunan terbesar sejak 1991.
SHAH ALAM, 10 MAC: Lebih 114,000 orang di seluruh dunia disahkan positif jangkitan Covid-19, termasuk lebih 4,000 nyawa terkorban setakat ini.
BRASILIA, 10 MAC: Brazil memperkenalkan pembaharuan struktur untuk mendepani cabaran ekonomi susulan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, kata Menteri Ekonomi Brazil Paulo Guedes pada Isnin lapor agensi berita Xinhua.
PARIS, 10 MAC: Menteri Kebudayaan Perancis Franck Riester disahkan dijangkiti Covid-19, namun berada dalam keadaan baik dan kini menjalani kuarantin di rumah, lapor agensi berita Xinhua.
SINGAPURA, 10 MAC: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan 10 lagi kes positif Covid-19 dengan tiga daripadanya kes dari luar, menjadikan keseluruhan 160 kes.
AMSTERDAM, 10 MAC: Seperti yang dijangkakan, tiada seorang pun tertuduh daripada empat lelaki yang menghadapi pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 membuat kemunculan di mahkamah semalam untuk menghadapi pertuduhan jenayah itu.
MOSCOW, 9 MAC: Harga minyak mentah dunia menurun lebih 30 peratus pada Isnin, susulan kegagalan pengeluar minyak Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mencapai kesepakatan mengenai pemotongan pengeluaran minyak yang lebih besar, lapor agensi berita Sputnik.
SINGAPURA, 9 MAC: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 12 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu dengan satu kes dari luar membabitkan seorang warganegara Indonesia.
THE HAGUE, 8 MAC: Lembaga Keselamatan Belanda memuji pasukan dari Malaysia yang memberikan kerjasama mendapatkan kotak hitam pesawat MH17 dari lokasi ia terhempas yang berada di dalam kawasan bergolak di timur Ukraine, pada 2014.
AMSTERDAM, 8 MAC: Ratusan ahli keluarga mangsa pesawat MH17 Malaysia Airlines dan wartawan telah berdaftar untuk menghadiri perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan dengan kawalan keselamatan ketat di Mahkamah Daerah The Hague di Kompleks Kehakiman Schiphol yang bermula Isnin.
SINGAPURA, 8 MAC: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada Sabtu mengesahkan lapan lagi kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kes itu di negara ini adalah 138.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.