SINGAPURA, 19 MAC: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan 47 kes positif baharu Covid-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan 313 kes, semalam.
BANGKOK, 18 MAC: Solat Jumaat di Thailand akan dibatalkan dan diganti dengan solat zohor di rumah setelah mengambil kira situasi semasa Covid-19.
JAKARTA, 18 MAC: Indonesia masih menetapkan pendekatan perbatasan sosial dalam mengawal penularan virus Covid-19, di negara berpenduduk lebih 270 juta itu, sekalipun jumlah meninggal dunia akibat virus itu kini mencecah 19 orang.
SINGAPURA, 18 MAC: Singapura berharap republik itu diberi lebih banyak masa dan sedikit kelonggaran selepas Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, yang berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac.
BEIJING, 17 MAC: Lebih 90 peratus sektor perusahaan utama di wilayah China yang terjejas akibat wabak Covid-19, kecuali beberapa kawasan tertentu termasuk Hubei, menyambung semula operasi dan pengeluaran.
SINGAPURA, 17 MAC: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah melaporkan 17 kes baharu jangkitan Covid-19 di republik itu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 243 dengan pesakit tertua membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 86 tahun.
BANGKOK, 17 MAC: Thailand semalam mengumumkan penangguhan perayaan tahun baru tradisionalnya, Songkran pada bulan depan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes Covid-19.
SINGAPURA, 17 MAC: Singapura akan terus berhubungan dengan Malaysia, sesuai dengan perkembangan semasa, kata Menteri Perdagangan dan Industri republik itu, Chan Chun Sing dalam responsnya mengenai perintah kawalan pergerakan di Malaysia.
SHAH ALAM, 16 MAC: Itali merekodkan 368 kematian semalam, jumlah tertinggi dilaporkan dalam sehari susulan penularan Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.
SINGAPURA, 16 MAC: Sekatan sempadan baharu terhadap pengembara termasuk dari Asean tidak melibatkan laluan laut serta darat antara Singapura dan Malaysia, yang membawa maksud rakyat kedua-dua negara boleh melakukan perjalanan dari kedua-dua arah seperti biasa.
SINGAPURA, 15 MAC: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan 12 lagi kes jangkitan Covid-19 di republik itu dan satu daripadanya dikaitkan dengan perhimpunan keagamaan di Masjid Sri Petaling di Malaysia.
BEIJING, 14 MAC: Angka korban di China akibat Covid-19 meningkat kepada 3,193, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Sabtu.
NEW YORK, 14 MAC: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memutuskan supaya semua petugas di ibu pejabat PBB di New York bekerja dari rumah atau secara "e-commuting", mulai 16 Mac hingga 12 April.
WASHINGTON 14 MAC: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan darurat di seluruh Amerika Syarikat (AS) susulan penyebaran Covid-19, sekali gus membuka ruang untuk bantuan berskala besar di peringkat persekutuan.
GENEVA 14 MAC: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata Eropah kini menjadi pusat penyebaran Covid-19 global yang memasuki fasa pandemik dan memberi amaran mustahil untuk mengetahui tempoh wabak menjadi kritikal.
SINGAPURA, 14 MAC: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 13 lagi kes positif jangkitan COVID-19 dengan sembilan daripadanya ialah kes dari luar.
OLEH NORRASYIDAH ARSHAD SHAH ALAM, 13 MAC: Indonesia hari ini melarang pengeskportan topeng muka buat sementara waktu dalam usaha menangani masalah Covid-19, kata menteri perdagangannya. Agus Suparmanto berkata arahan berkenaan dikuat kuasa demi memenuhi permintaan serta keperluan penduduk...
JAKARTA, 13 MAC: Indonesia, negara dengan jumlah penduduk Islam terbesar di dunia, tidak mengambil pendekatan membatalkan solat Jumaat hari ini, sekalipun penularan virus Covid-19 kini diisytiharkan sebagai pandemik.
MEDAN, 13 MAC: Polis Indonesia menahan dua rakyat Malaysia yang didakwa cuba menyeludup 12,000 topeng mulut dan hidung pulang ke negara asal pada Rabu lalu.
SINGAPURA, 13 MAC: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata situasi Covid-19 di republik itu masih terkawal.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.