SHAH ALAM, 11 JULAI: Sebanyak 55 Bas Smart Selangor dilengkapi iklan panel bagi mempromosi lokasi pelancongan menarik di seluruh negeri sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
SHAH ALAM, 11 JULAI: Sekolah agama persendirian boleh membuat permohonan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kepada Kementerian Pendidikan, kata EXCO agama Islam.
SHAH ALAM, 11 JULAI: Selangor sedang meneliti tatacara pengagihan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) secara digital dengan lebih berkesan bagi memastikan prosesnya lancar.
SHAH ALAM, 11 JUL: Sebanyak 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor terlibat dalam penilaian semula kadar cukai taksiran baharu yang dijangka selesai hujung tahun ini.
SHAH ALAM, 11 JUN: Pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 untuk memasukkan peruntukan individu atau ejen mempromosi pernikahan di luar undang-undang Islam negeri itu dijangka dibentangkan pada 2026.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Pemeriksaan hati bagi mengesan barah ditambah dalam program Selangor Saring pada masa akan datang, kata EXCO kesihatan.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Kerajaan Selangor mengumpul sebanyak RM38 juta hasil daripada caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang dilaksanakan sejak 2020 hingga tahun lepas, kataEXCO Alam Sekitar.
KUALA SELANGOR, 10 JULAI: Penganjuran program Gagasan Rumpun Selangor mampu merancakkan lagi sektor pelancongan setempat, kata EXCO perpaduan.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Selangor bakal melaksanakan model aturan kerja anjal bagi membolehkan pekerja lelaki dan wanita mencapai keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah RM455,054 bagi menganjurkan 131 program pembasmian rasuah dalam kalangan penjawat awam dan belia setakat 2022.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Pelbagai program kerjaya dilaksanakan setiap tahun bagi meningkatkan peluang pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran termasuk melibatkan golongan rentan.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dijangka mewujudkan lebih 100,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan termasuk masyarakat Orang Asli.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Serendah sebagai hab pembuatan pengangkutan susulan potensi dan pembangunan di kawasan itu.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah menyenaraikan lima projek khidmat awam yang mahu dilaksana dalam tempoh 100 hari selepas cukai tafsiran baharu dikuatkuasakan.
SHAH ALAM, 10 JUL: Draf pindaan Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 berkenaan haiwan berkeliaran dijangka dimuktamadkan sebelum hujung tahun ini, kata exco pertanian.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Laporan beberapa kawasan cerun berisiko yang dikenal pasti dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut, kata EXCO infrastruktur.
SHAH ALAM, 10 JULAI: Karnival Ban Canal (KBC) Sabak Bernam dicadang menjadi acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Selangor 2025.
SHAH ALAM, 9 JULAI: Orang ramai dipelawa menyertai program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri pada 14 dan 20 Julai, bermula 9 pagi hingga 3 petang.
SHAH ALAM, 9 JULAI: Kerajaan Negeri akan menubuhkan hab Program Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengurangkan masalah malnutrisi kanak-kanak.
SHAH ALAM, 9 JULAI: Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor 2020-2030 bakal memacu pembangunan aeroangkasa negeri sekali gus menjadi hab utama perindustrian di Asia Tenggara.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.