SELAYANG, 24 OGOS: Kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku sekitar Taman Templer Rawang menemui jalan penyelesaian apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak mewartakan larangan kenderaan berat pada waktu puncak, berkuatkuasa 14 Ogos lalu.
SHAH ALAM, 22 OGOS: Isu jalur gemilang terbalik yang tular sejak akhir-akhir ini dilihat sengaja membangkitkan keresahan rakyat, ujar Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi.
KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Pembantu politik kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong menerima ugutan melalui sampul surat yang mengandungi sebilah senjata tajam daripada individu tidak dikenali disyaki mempunyai kaitan dengan kempen bantah tulisan Jawi.
SHAH ALAM, 20 OGOS: Persatuan Rukun Tetangga Seksyen 1B melancarkan kempen 'Awas Dengan Peragut' sebagai langkah berjaga-jaga ekoran peningkatan kes samun dan ragut di kawasan 'Petaling Jaya Old Town'.
SHAH ALAM, 17 OGOS: Seramai 200 pelajar tingkatan lima dari enam sekolah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga didedahkan dengan aplikasi pembelajaran untuk peranti pintar, Osem sempena program Seminar Sehari Pecutan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019, hari ini.
SHAH ALAM, 17 OGOS: Individu yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wajar dikenakan tindakan tegas.
SHAH ALAM, 16 OGOS: Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang (MATWC) KEADILAN Selangor bakal diadakan pada 25 Ogos ini, bermula jam 3 petang di Hotel Carlton, Seksyen 13, di sini.
PETALING JAYA, 15 OGOS: Sebuah projek perintis yang menempatkan pekerja pembersihan dari jam 8 pagi hingga 8 malam kini bermula di Pusat Komersial Seksyen 14 di sini.
SUBANG JAYA, 14 OGOS: Jelas terpancar kegembiraan pada wajah kanak-kanak Rumah KIDS USJ1 apabila dapat melihat dan merasai pengalaman kerja sebagai anggota bomba.
KUALA SELANGOR, 12 OGOS: Ibadah korban yang menuntut keikhlasan mampu memumuk semangat persaudaraan dalam diri generasi muda dengan berusaha membantu golongan yang memerlukan.
SHAH ALAM, 12 OGOS: Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail memuji semangat kerjasama antara golongan belia dan veteran dalam menjayakan ibadah korban peringkat daerahnya di Pusat Wanita Berdaya DUN Batu 3, Seksyen 24, di sini, hari ini.
SHAH ALAM, 8 OGOS: Spaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim menafikan perjalanan singkat sidang DNS yang berlangsung, baru-baru ini bagi menghalang pindaan enakmen negeri.
SHAH ALAM, 8 OGOS: Desas-desus kononnya Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berdepan undi tidak percaya sengaja disemarakkan 'tangan ghaib' yang berhasrat mewujudkan ketidakstabilan dalam pentadbiran negeri.
SHAH ALAM, 31 JUL : Ahli Dewan Negeri (ADN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri sehingga akhir penggal.
RAWANG, 31 JULAI: Kerja mitigasi bagi mencegah banjir di Jalan Kawasan Perindustrian Rawang kini sedang giat dijalankan, kata Ahli Dewan Negerinya, Chua Wei Kiat.
KLANG, 26 JUL : Kanak-kanak perlu diberikan maklumat tentang kesan buruk penggunaan internet tanpa batas bagi mengelakkan diri mereka daripada terjebak gejala sosial.
KLANG, 26 JUL: Statistik dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kes penganiayaan dan penderaan terhadap kanak-kanak berada di tahap membimbangkan.
SHAH ALAM, 22 JUL: Program ‘Safe, Heal, Empower and Strength’ (SHES) membuka ruang kepada golongan wanita untuk terus maju ke hadapan, kata Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin.
DAMANSARA, 17 JUL: Penyanyi wanita popular sekitar tahun 90-an, Shima hari ini menerima bantuan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong selepas berita keperitan hidupnya yang menghidap Slipped Disc menjadi bualan baru-baru ini.
SHAH ALAM, 17 JULAU: Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail kesal dengan perbuatan individu yang mencuri pam air kecemasan di Sungai Rasah hingga menyebabkan banjir, baru-baru ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.