PUTRAJAYA, 19 MEI: Tatacara operasi piawai (SOP) bagi aktiviti menziarahi kubur semasa Aidilfitri hanya akan dikeluarkan sekiranya Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.