Pendebat melontarkan hujah sempena majlis penutup pusingan akhir debat piala Dato' Menteri Besar Selangor kategori Institut Pendidikan Tinggi di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), Kuala Selangor pada 10 Mac 2024.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama penerima Bantuan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) selepas merasmikan Program Madani Rakyat Zon Tengah di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 25 Februari 2024.
Orang ramai mengunjungi reruai pelbagai agensi Kerajaan Negeri Selangor sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 24 Februari 2024.
Umat Islam menghadiri program Darul Ehsan Berselawat sempena program Madani Rakyat Zon Tengah di Stadium Kuala Selangor pada 23 Februari 2024.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (tengah) menunjukkan buku Kod Etika Wartawan Malaysia sempena peluncuran di Dewan Serbaguna Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada 20 Februari 2024.
Aksi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong ketika menentang pemain Brunei, Kan Kah Kit pada aksi pembukaan kumpulan B sempena Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 13 Februari 2024.
Orang ramai meluangkan masa beriadah bersama keluarga sempena cuti Tahun Baharu Cina ketika tinjauan di Taman Tasik Shah Alam pada 12 Januari 2024.
Pengunjung mendapatkan barangan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Tahun Baharu Cina di Kompleks 3k, SS13, Subang Jaya pada 9 Febuari 2024.
Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon membaca ikrar aku janji sempena upacara mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya ke-7 di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 5 Febuari 2024.
Cikgu berswafoto bersama Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam pada 30 Januari 2024.
Ribuan penyokong menyaksikan pertarungan kedua Kumpulan E antara Malaysia dan Bahrain dalam saingan Piala Asia 2023 menerusi tayangan skrin di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam pada 20 Januari 2024.
EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han menyampaikan anugerah Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terbaik keseluruhan tahun 2023 berjumlah RM10,000 kepada ahli majlis zon 4 di Hotel The Summit, Subang Jaya pada 19 Januari 2024.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima insentif penghargaan dari jabatan dan pejabat pemungut hasil bagi prestasi kutipan hasil 2023 ketika Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 15 Januari 2024.
Orang ramai menyertai larian santai ketika Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam di Tempat Letak Kereta hadapan Wisma MBSA Seksyen 14, Shah Alam pada 14 Januari 2024.
Sekumpulan pelajar menunjukkan sayuran yang ditanam secara hidroponik selepas majlis perasmian Eco Melati Garden di Kolej Melati, UiTM Shah Alam pada 13 Januari 2024.
EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah serta tetamu melawat pameran Anak-anak Sidek selepas majlis perasmian di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 9 Januari 2024.
Ribuan pengunjung menghadiri majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember 2023.
Penyanyi Kaka Azraff menghiburkan pengunjung ketika program Panggilan Intifada Doa Untuk Palestin di Dataran Karnival Perkarangan Stadium Shah Alam pada 30 Disember 2023.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Kota Damansara, Petaling Jaya pada 22 Disember 2023.
Peserta larian Soh Wai Ching ketika Pertandingan Kebangsaan Larian Menara MBPJ 2023 di Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 17 Disember 2023.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.