Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan penyerahan pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) Aiman Syafiq Nazri (dua dari kanan) atas sumbangan cermin mata percuma paling banyak di Malaysia pada majlis Hari Terbuka Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) YRMS 2024 di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam pada 27 Ogos 2024.
EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim meninjau kerja baik pulih Jalan Bagan Pasir sepanjang 80 meter yang runtuh disebabkan hakisan sungai pada tahun lalu di Jalan Bagan Pasir, Tanjong Karang pada 20 Ogos 2024.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra bersama 10 finalis usahawan sempena program Komuniti Belia Selangor (SAY) Aspire ke-5 di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 14 Ogos 2024.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melihat modul PTRS ketika melawat pameran selepas majlis pelancaran Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2024 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 13 Ogos 2024.
Aayushi, 8, menerima pengiktirafan penulis buku termuda daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sempena majlis pelancaran buku pertamanya bertajuk 'Unicorn and Little Amanda' di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 11 Ogos 2024.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (lima dari kiri) merakam foto berlatarkan panorama Bukit Antarabangsa, Ampang selepas merasmikan tarikan baharu pelancongan itu dan makan malam sempena penutup Sukan JKP MPAJ pada 10 Ogos 2024.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama kepimpinan kerajaan negeri mengibarkan Jalur Gemilang sempena pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Selangor 2024 serta perhimpunan penjawat awam di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam ada 5 Ogos 2024.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama atlet selepas majlis penyerahan bendera Kontinjen Selangor ke SUKMA ke-XXI 2024 Sarawak di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Ogos 2024.
Ribuan jemaah menunaikan solat sunat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh yang syahid dalam serangan di Iran di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2 Ogos 2024.
Sepupu arwah Nur Farah Kartini Abdullah, Suzur Sofia Smeth (kiri) bercakap kepada media selepas meninggalkan pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu selepas sebutan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 26 Julai 2024.
Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengibarkan bendera bersama hadirin sempena majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Dewan Acara Cyber Cyberjaya, Sepang pada 21 Julai 2024.
Anak Istimewa Selangor (AnIS) mempelajari teknik menggunakan pili air bomba semasa lawatan ke Kidzania Kuala Lumpur, Petaling Jaya pada 18 Julai 2024.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim serta EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi menyambut ketibaan pasukan Selangor Red Giants (SRG) yang menjuarai kejohanan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang di Riyahd Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 17 Julai 2024.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Dato' Ng Suee Lim selepas melancarkan Iklan Panel Belakang Bas Smart Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 Julai 2024.
Hujan lebat tidak menghalang hadirin mendengar ceramah yang disampaikan oleh Pendakwah nusantara Ustaz Abdul Somad ketika program Malam Ehsan Untuk Insan sempena sambutan Maal Hijrah 1446H di Dataran Karnival, perkarangan Stadium Shah Alam pada 7 Julai 2024.
Gelagat kucing bermain kawasan permainan ketika majlis prapelancaran Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 4 Julai 2024.
Pengunjung merasai pengalaman menaiki belon udara panas sempena Pilih Karnival Mega anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Jun 2024.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bersama penerima insentif geran sempena majlis perasmian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Fest di Pasaraya Besar AEON Mall, Bukit Tinggi, Klang pada 29 Jun 2024.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melakukan gimik pelancaran Bas Elektrik Percuma MBPJ di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 20 Jun 2024.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan Solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 17 Jun 2024.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.