Anggota bomba giat menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera di longgokan sisa tayar sebuah gudang yang terbakar di Kawasan Perusahaan Segenting, Pulau Carey, Banting pada 29 Jun 2021.
Adun Hulu Kelang, Saari Sungib meninjau proses saringan Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Ampang pada 27 Jun 2021.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari diberi penerangan berhubung penggunaan kit pemantauan kendiri di rumah bagi pesakit Covid-19 oleh petugas kesihatan Klinik Selcare ketika meninjau program Saringan Komuniti percuma di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak pada 20 Jun 2021.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) menunjukkan cek cura berjumlah RM35,160 yang diserahkan Pemangku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Rashidi Ruslan (kiri) untuk Shah Alam pada 31 Mei 2021.
Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam pada 28 Mei 2021.
Orang ramai menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Subang Jaya pada 28 Mei 2021.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bertanya khabar seorang warga emas yang juga penerima vaksin AstraZeneca ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 25 Mei 2021.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau proses saringan Covid-19 percuma di gelanggang bola keranjang Pusat Komuniti Bandar Utama, Damansara pada 25 Mei 2021.
Adun Kinrara, Ng Sze Han meninjau proses saringan Covid-19 secara percuma di Dewan Masyakat Bandar Kinrara 2, Puchong pada 22 Mei 2021.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama penerima sumbangan bakul makanan sempena program Belia Juara Ramadan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam pada 1 Mei 2021.
Adun Sentosa, Gunarajah R George mengikuti sesi pembelajaran sempena program sinar ilmu harapan di Pusat Khidmat Dun Sentosa, Klang pada 18 April 2021.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) melakukan gimik perasmian ketika pelancaran inisiatif infrastruktur digital pintar Smart Selangor di Dewan Serbaguna Wisma Ehsan, Shah Alam pada 16 April 2021.
Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Basith Hamid bergambar bersama penerima ketika program bantuan Ramadan dan Aidilfitri di Dewan Serbaguna MPSJ, Puchong pada 12 April 2021.
Rosmalini Salleh, 41, (kanan) dan anaknya, Nor Ellia Natasha Jasruzan, 18, (kiri) menunjukkan replika kunci rumah yang diterima sempena majlis penyerahan kunci Rumah Selangorku di Taman Bukit Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 10 April 2021.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (empat dari kanan) menyerahkan replika Ikon Mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (dua dari kiri) sebagai simbolik pengenalan ikon itu sempena majlis Hi-Tea Tautan Ukhwah Syarikat Korporat dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Hotel Acapella, Shah Alam pada 9 April 2021.
Pembantu Pegawai Tadbir, Sarah Emlia Maserin, 35 (kiri) dan anggota penguatkuasa Jefri Kasim, 39 (kanan) menunjukkan sijil yang diperoleh sempena majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam pada 7 April 2021.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (tengah) bergambar bersama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (dua kanan) dan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan (dua kiri) selepas berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Zip Line dan Laman Budaya Musical Fountain di Tasik Shah Alam pada 28 Mac 2021.
Petugas kesihatan Klinik Selcare mengambil sampel ujian kit pantas antigen (RTK-Ag) ke atas peserta Program Saringan Komuniti Covid-19 yang diadakan secara percuma di tapak parkir, Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan, Kajang pada 27 Mac 2021.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama tetamu jemputan ketika lawatan ke projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) di Taman Awam Pangkalan Batu, Klang pada 23 Mac 2021.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari melawat tanaman fertigasi cili ketika majlis pelancaran Projek Fertigasi Cili Dalam Bandar di Seksyen 18, Shah Alam pada 14 Mac 2021.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.