KUALA LUMPUR, 24 JAN: Polis menyelamatkan tiga lelaki warga Bangladesh dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dan menahan 29 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam serbuan di sebuah kilang di Petaling Jaya dekat sini petang semalam.
SHAH ALAM, 24 JAN: Perkampungan Kebudayaan Selangor 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, disifatkan menarik dan memberi pendedahan kehidupan lalu kepada golongan muda.
KUALA LUMPUR, 24 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 38 warga asing dalam operasi di sebuah penempatan di Kampung Baru, di sini awal pagi tadi.
KOTA BHARU, 21 JAN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan memukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah pasar tani di Chukai, Terengganu baru-baru ini adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.
KAJANG, 21 JAN: Pengorbanan seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan tidak akan terbalas oleh si anak, justeru peluang menjaga insan istimewa ini selagi hayat masih dikandung badan adalah antara yang terbaik dapat dilakukan oleh seseorang itu.
SHAH ALAM, 21 JAN: Ladang penternakan yang tidak mematuhi tahap kebersihan optimum perlu dikenakan tindakan tegas selain dihentikan operasi selepas dikompaun sebanyak tiga kali.
PUTRAJAYA, 21 JAN: Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan mulai esok melibatkan peruntukan RM2.3 bilion, meningkat berbanding RM2.1 bilion pada tahun lepas.
Selepas pandemik Covid-19, dunia kembali dikejutkan dengan penularan wabak Human Metapneumovirus (hMPV) di China.
IPOH, 21 JAN: Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Kilometer (KM) 199 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Sitiawan, malam tadi.
WASHINGTON, 21 JAN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam ucapan sulungnya pada Isnin, mengumumkan darurat kebangsaan di sempadan selatan dan memperkenalkan dasar rasmi yang mengiktiraf hanya dua jantina.
SHAH ALAM, 21 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di lima lokasi, hari ini.
PUTRAJAYA, 20 JAN: Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi berhubung isu penyalahgunaan logo halal membabitkan produk 'ham dan cheese' yang dijual dalam premis di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
KLANG, 20 JAN: Perbicaraan kes seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya yang hamil dua tahun lepas akan bermula pada 27 Okt depan di Mahkamah Tinggi di sini.
SHAH ALAM, 20 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan berlangsung di lima lokasi, esok.
Oleh Amirahwani Rahimi KUALA LANGAT, 20 JAN: Tourism Selangor menyeru penggiat industri berganding bahu bagi merancakkan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025). Ketua Pegawai Eksekutifnya Chua Yee Ling berkata pihaknya menyediakan geran kepada persatuan dan komuniti...
GAZA CITY (Palestin), 20 JAN: Lebih 550 trak bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan Rafah pada Ahad, hari pertama pelaksanaan perjanjian gencatan senjata.
BUTTERWORTH, 20 JAN: Lelaki yang dipercayai memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Jalan Chain Ferry di sini pada Sabtu lepas ditahan polis petang semalam.
Sekiranya tiba ke aras enam blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Petaling Jaya dengan menaiki lif, anda mungkin sangka tersesat ke sebuah hotel mewah.
BRUSSELS, 20 JAN: Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu mempunyai hak yang sama untuk mengundi dalam pilihan raya, sama seperti mereka yang berada di tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SUBANG JAYA, 20 JAN: Seramai 200 penduduk Tionghua sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan menerima baucar RM200 sempena perayaan Tahun Baharu Cina hujung bulan ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.