SHAH ALAM, 28 JULAI: Pasukan memanah Selangor mensasar untuk mengekalkan satu pingat emas yang dimenangi pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak.
SHAH ALAM, 27 JULAI: Kes baharu Covid-19 kembali satu angka dengan tujuh kes hari ini selepas merekodkan dua digit kes tiga hari berturut-turut, kata ketua pengarah kesihatan.
LANGKAWI, 27 JULAI: Seramai 27 etnik Rohingya yang dikhuatiri lemas di pulau ini kelmarin, sebenarnya dalam keadaan selamat dan sudah memasuki negara ini secara haram.
SHAH ALAM, 27 JULAI: Sektor ekonomi di Selangor tetap bergerak jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana semula memandangkan kemudahan internet meluas di kawasan bandar utama.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Hukuman penjara bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian dinaikkan kepada tempoh tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun, serta denda minimum RM50,000 sehingga RM100,000.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Bank dijangka mengalami kerugian pengubahsuaian sebanyak RM79 bilion sepanjang tempoh pelaksanaan moratorium selama enam bulan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek berkata tiada pilih kasih dalam pemilihan pemain remaja untuk mewakili negara dalam sebarang kejohanan.
SHAH ALAM, 27 JULAI: Selangor berjaya merekod pelaburan domestik langsung (DDI) bernilai RM6,625.4 juta pada 2019, tertinggi dalam negara, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 27 JULAI: Peniaga negeri ini diingatkan sentiasa memakai pelitup muka untuk menggalakkan pembeli melakukan perkara sama.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) merekod 21 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 8,861 orang.
KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Keluarga penghuni institusi penjara dibenar melawat penghuni penjara pada 1 dan 2 Ogos ini sempena Hari Raya Aidiladha.
PUTRAJAYA, 24 JULAI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan empat pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusinya.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) memperkenalkan sistem penyerahan hak milik strata dan tanah secara layan diri yang pertama di Malaysia seiring dengan kemajuan teknologi.
KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal dalam usaha melucut hak wang RM100,000 daripada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Cadangan pembangunan tapak transit dan pengumpulan ikan baharu di Sekinchan perlu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kerana membabitkan kos yang tinggi, kata Ahli Dewan Negerinya.
KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) membuat keputusan membatalkan kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia ke-41 susulan situasi semasa penularan COVID-19 di negara ini.
SHAH ALAM, 23 JULAI: Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka khususnya di tempat awam.
SHAH ALAM, 23 JULAI: Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat sesak bermula 1 Ogos bagi mencegah gelombang baharu jangkitan Covid-19.
PUCHONG, 23 JULAI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan terhadap pemilik premis yang gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) termasuk mewajib pemakaian pelitup muka.
KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sentiasa komited dalam menangani kesukaran dihadapi industri media ketika ini berikutan pandemik Covid-19 apabila terdapat syarikat media terpaksa mengecilkan operasi mereka.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.