KUALA LUMPUR, 22 NOV: Operasi kaunter Tabung Haji (TH) di 28 kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kawasan zon merah Covid-19 ditangguhkan.
SHAH ALAM, 22 NOV: Keputusan penuh saringan individu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) asrama pekerja Top Glove, Klang dijangka diketahui esok.
SHAH ALAM, 22 NOV: Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) menganjur projek 'Help-U' bagi meringankan perbelanjaan makanan pelajar yang terkandas di kampus akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
SHAH ALAM, 22 NOV: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah langkah efektif mengekang penularan Covid-19 namun kesannya kepada ekonomi negara amat parah, kata Dato' Menteri Besar.
SERDANG, 22 NOV: Taktik berselindung di sebalik ‘pintu pejabat’ sebuah pusat snuker di Seri Kembangan untuk menjalankan aktiviti perjudian dalam talian terbongkar dalam serbuan Op Noda Khas ke atas premis itu malam tadi.
SHAH ALAM, 22 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperuntukkan RM50,000 membantu penduduk sekitar Hulu Langat dan Sepang yang menjadi mangsa banjir awal bulan ini.
KUALA LUMPUR, 22 NOV: Pelari menara nombor satu Malaysia, Soh Wai Ching disahkan sebagai pemegang 'Guinness World Record' untuk cabaran pendakian tangga menegak dalam tempoh satu jam (Lelaki) dengan jarak 1.295 km yang baharu.
SHAH ALAM, 21 NOV: Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 137 mangsa banjir sekitar Sepang dan Kuala Selangor, kata Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPNB).
KOTA BHARU, 21 NOV: Kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluaskan pengharaman jualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit di negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
SHAH ALAM, 21 NOV: Saringan Covid-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) asrama pekerja Top Glove, Klang dijangka selesai esok.
SHAH ALAM, 21 NOV: Seorang orang kelainan upaya (OKU) yang terperangkap dalam banjir selepas rumahnya dinaiki air di Kampung Batu 7, Ijok berjaya diselamatkan malam tadi.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Pelan pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan usaha melahirkan graduan berhadapan norma baharu akibat pandemik Covid-19, dilihat akan terencat jika peruntukan Belanjawan 2021 kepada institusi tersebut dipotong.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Bantuan kewangan RM52,000 yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Kasma Daniel Kasmayudin adalah sumbangan peribadi kementerian kepada pelumba itu untuk menampung tiket penerbangan dan kos penginapan bagi menyertai Kejuaraan Dunia Moto2 musim ini.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-27 menutup tirai semalam dengan 21 ekonomi anggotanya bersetuju untuk bekerjasama dalam memerangi pandemik Covid-19.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua sen seliter, manakala harga diesel naik tujuh sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.
SHAH ALAM, 20 NOV: Seramai 27,234 individu hilang pekerjaan sepanjang Januari hingga Oktober lalu, kata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Seramai 422,609 peminjam atau 28.17 peratus daripada 1.5 juta keseluruhan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan bayaran balik pinjaman mereka, mulai Oktober lepas.
SHAH ALAM, 20 NOV: Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 diteruskan lagi hujung minggu ini di Taman Gombak dan Saujana Utama.
KUALA LUMPUR, 18 NOV: Penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen Batu Sapi, Sabah masih mengikut tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan di seluruh Sabah pada 13 Okt lepas meskipun darurat diisytiharkan di kawasan itu.
SHAH ALAM, 18 NOV: Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang dihenti tugas pada jam 7.10 malam tadi telah beroperasi semula, kata Dato' Menteri Besar.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.